Anwar, Shafie antara 7 belum isytihar harta

Putrajaya, 6 Mac:  Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (https://mydeclaration.sprm.gov.my/), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson) dan Presiden Warisan , Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Semporna) adalah antara 7 ahli parlimen kerajaan yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan sebelum ini, Anwar berkata beliau mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh tiga bulan itu yang berkuat kuasa selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada 15 Oktober lalu, kini telah tamat tempohnya pada 15 Januari 2019.

“Sabarlah. Dia bagi tiga bulan. Saya baru menang PRK baru-baru ini. Saya baru masuk bulan sudah. Beri la masa sekejap,” – Kenyataan Anwar Ibrahim pada 11 Disember 2018.

5 ahli parlimen lain yang masih gagal mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM adalah :

1. Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran) – UPKO

2. Dr Michael Teo Yu Keng (Miri) – PKR

3. Ali Biju (Saratok), – PKR

4. Awang Husaini Sahari (Putatan), – PKR

5. P Prabakaran (Batu) – PKR

Carian di portal SPRM itu dengan memasukkan nama ahli parlimen tersebut menunjukkan keputusan “Tiada padanan rekod yang dijumpai.”

TTKM sebelum ini telah menerbitkan dua laporan berkenaan senarai penuh pendapatan dan aset-aset ahli parlimen PH dan tular di media sosial. 

Boleh baca di sini :

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada PRU 14 lepas, Pakatan Harapan melalui janji nombor 14 manifesto pilihanrayanya menyatakan bahawa  “Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA Cke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.”

“Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah

SPRM merupakan badan terpenting dalam mencegah rasuah di Malaysia. Kepercayaan rakyat terhadap SPRM adalah amat penting untuk memastikan ia boleh menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya.

Pakatan Harapan akan memberikan sepenuh mandat dan kepercayaan kepada SPRM untuk melaksanakan peranan mereka.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menaikkan taraf SPRM kepada sebuah suruhanjaya yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan, iaitu sama seperti kedudukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Penaikan taraf ini akan membolehkan SPRM mempunyai autonomi dan kuasa tersendiri, termasuk melantik para pegawai mereka sendiri, dan disediakan peruntukan yang khas, yang dilindungi oleh Perlembagaan. SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.

Untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli
SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempuyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure).

Pelantikan PesuruhjayaPesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyemak semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perlindungan Saksi 2009, untuk melakukan penambahbaikan yang perlu. Akta Kebebasan Maklumat akan digubal, dan peruntukan kewangan akan diberikan untuk melaksanakan akta baru ini.

Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA C ke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.
Sebagai lambang komitmen Kerajaan Pakatan Harapan kepada prinsip ketelusan dan keterbukaan, kami akan mengambil langkah segera untuk mengambil bahagian aktif  dalam gerakan antarabangsa, iaitu bermula dengan menjadi ahli Open Government
Partnership yang kini dianggotai oleh 70 negara di seluruh dunia. ” – Manifesto PH 

Sebelum ini perdana menteri, Tun Dr Mahathir menyatakan manifesto PH bukanlah kitab suci.

Kegagalan PH menunaikan manifesto PRU ke 14 lepas antara lain menyumbang kepada  kekalahan yang memalukan pada PRK Semenyih baru-baru ini.

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.