Ini sebab sebenar PH tewas di Semenyih

Oleh : Nami Cob Nobbler

MATEMATIK DAN POLITIK

Dulu masa aku ambik minor Sains Politik masa kat USM, ramai yang pelik dengan aku asal aku tak ambik psikologi macam orang lain. Aku ambik Sains Politik sebab nak belajar dua benda; anthropologi dan sosiologi.

Dan satu benda yang aku suka tentang subjek ni ialah selain aku pernah bercita-cita nak jadi Ayman Rashdan Wong kerja sekarang, selain aku suka baca tentang geopolitik, ada makwe cun dalam kelas tu (dalam novel ACT Kapsul Masa ada bercerita tentang Helena), aku suka course ni sebab ia ada matematik yang bergabung dengan subjek politik.

Kombinasi benda paling aku lemah dan tak minat, dengan benda yang aku paling suka dan gemar.

Ni macam Cikgu Suraya ajar kau matematik, kalau kau betul satu soalan, dia bukak bra tunjuk tetek dia.

Satu benda yang penagih politik tegar yang tak faham tentang matematik dalam politik ialah, dia suka baca politik ikut perasaan dia, bukan ikut sifir matematik yang ada dalam ilmu penaakulan sains politik.

Aku Matematik masa SPM dapat 8E bai. Aku tak bernasib baik macam member baik aku yang dapat bercouple dengan makwe pandai matematik. Dari D awal tahun terus A dan sekarang kerja baca report bursa saham.

Ramai orang sekarang marah dengan Pakatan Harapan. Mengaku je lah, ada ramai member kau yang macam ni. Dan mereka yang marah ni kebanyakannya datang dari mereka yang undi Pakatan Harapan masa 2018.

Yang undi BN, yang undi PRM macam aku, yang undi rosak lukis gambar konek kerandut londeh macam kawan aku sorang tu, semuanya troll je PH.

Dalam politik ni, yang menang kena perform, yang kalah kerja dia troll sampai berjaya mengubah orang atas pagar. Kalau dia menang next election, troll dia berjaya.

Base asal Pakatan Harapan ni asalnya golongan aktivis. Yang bersemangat dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif, sejajar dengan Rukun Negara.

Kedengaran murni, tapi ada juga golongan ekstremis sampai nak semua orang mansuhkan Rukun Negara yang pertama. Kedua pun sekali, tanpa sikap yang kelima langsung.

Golongan ini – dipanggil liberal, sebenarnya tak liberal pun. Kalau dia liberal mesti dia pandai hormati pandangan orang lain.

Nama golongan ini ialah social justice warrior atau SJW, yang akan mendapat badge of honour melalui berapa ramai retweet tweet dia dan berapa ramai yang share status FBnya dengan merebel dengan segala yang dah jadi foundation, macam raja, negara, agama dan sebagainya.

Golongan ni kelihatan ramai bersarang di Twitter (orang urban tak main FB kayh?), dan setiap kali golongan ni bash golongan yang bercanggah dengan Political Correctness dan idea BillMaherism, mereka akan support sesama sendiri dengan bash golongan konservatif secara jemaah.

Perang Twitter berlaku setiap hari dan perang ini dah berlarutan secara Zakir Naik buat account Twitter pada tahun 2012 dulu.

Hakikatnya golongan ni tak sampai 5% pun daripada populasi di negara ni. Kalau dikumpul mereka ni semua, mereka takkan dapat penuhkan seat semua kerusi kat Art For Grabs kat Publika tu pun.

Aku percaya majoriti penduduk negara ni atas pagar dan tak ambik pot pun pasal politik, kecuali bila duit simpanan makin sikit, harga beras makin naik, dan setiap hari Jumaat tengok harga minyak.

Satu orang yang aku respect dalam ilmu sains sosial ialah orang DAP. Bekas Ahli Parlimen kampung aku, Liew Chin Tong. Chin Tong ni aku rasa dia manusia yang bijak. Tolak tepi apa pegangan politik dia, apa jua kebijaksanaan kita harus raikan dan iktiraf.

Aku respect Liew Chin Tong sebab macam mana dia boleh faham demografi dan politik tempatan Kluang seterusnya memenangi pilihanraya tahun 2013. Hats off!

Orang BN takde orang macam ni masa 2013. By the time mereka mencari tahun 2017, segalanya dah terlewat.

Liew Chin Tong adalah orang pertama yang dengan beraninya, Pakatan Harapan mampu menangi pilihan raya. Lepas tu baru Rafizi dengan Invoke dia.

Liew Chin Tong bijak menghidu peluang dan bijak mengira sifir matematik politik sebelum bertindak.

Strategi meletak Dr Mahathir ni ialah tindakan paling bijak. Sebab pada masa itu mood nostalgia bermula. Era late 2010s ialah era Throwback Thursday. Era Gen Xers dan millennial tua mula menyampah dengan taste muzik dan nilai estetika seni budak millennial muda macam minat K-Pop.

Golongan ini melihat Najib pada masa itu macam K-Pop. Poyo. Dah la minat lagu Psy, “are you ready for Psyyyy!, poyo pulak tu. Sembang harga kangkung.

Tiba-tiba Mahathir wira selatan-selatan yang Robert Mugabe paling respect pun datang bercakap hal nak hancurkan Najib rasuah. Butoh apa, bolasepak zaman dia la rasuah paling teruk. Dah la kalah dengan Laos kat Sukan Sea.

Tapi orang kebanyakan tak ada memori macam aku. Orang ingat zaman indah Dr Mahathir. Sukan Komanwel, Piala Dunia Remaja, menang Piala Thomas, bina KLCC, KLIA canggih gila. Wawasan 2020.

Jadi orang jadi syok untuk Throwback dengan throw Najib out. Tak salahlah, sebab Najib poyo.

Tapi Najib tahu macam mana nak ambil hati golongan budak bawah-bawah kita. Sekali dia merempit, terus viral dan menang undi.

Tuan tuan dan puan puan, dalam ilmu sains politik, ada ilmu yang dipanggil sebagai ‘demografik’.

Demografik pada PRU14, majoriti pengundi tak ingat pun Memali tu apa menatang, Maminco tu apa jadah, dan paling-paling ingat pun Reformasi. Tu pun masa tu baru darjah satu, masih jongos.

Kerana Liew Chin Tong bijak membaca demografi dan kerana aku kurang cakna dengan keadaan demografi semasa masa tu, dia betul dan aku salah.

Albert Einstein pun pernah salah kira. Biasalah manusia biasa.

Penduduk Malaysia hari ini ada kurang lebih 35 juta orang. Lembah Kelang je dah 1/5 dari jumlah keseluruhan. Ada 7 juta penduduk kat area metropolitan ni. Sama macam Inner London di zon 3 ke bawah. Outer London duduk hujung Greater London.

1 dari 5 orang Malaysia tinggal di KL atau Selangor urban (ni tak masuk Selangor sawit, Selangor padi, Selangor estet, dan Pulau Carey).

Jadi Semenyih adalah manifestasi dari kesilapan ramai peminat, fans, army dan stan Pakatan Harapan. Mereka silap baca. Asal urban je undi di pihak mereka.

Dalam PRK Semenyih, BN berjaya merampas undi Kantan Permai, Bandar Rinching Seksyen 5 dan 6, serta improved undi pos.

Tu maknanya apa? Pegawai kerajaan yang kerja Putrajaya ulang alik Semenyih pergi kerja dah start tak puas hati dengan boss.

Brader belajar punyalah lama ikat perut semata-mata segulung ijazah dan bergambar pegang bunga dengan makwe (kini sudah menjadi ex), tahu-tahu bos ada fake degree.

Lepas tu dulu janji nak mansuh PTPTN, lega la sikit kalau mansuh, dapat beli susu anak yang mahal sikit. Sekali kena kelepet, kena kelentong, kena kencing! Hancing!

Inilah kemarahan yang kau tak dapat baca, wahai kawan-kawan yang masih lepak kat kedai kafe artisan kat Taman Tun Dr Ismail tu.

Mereka berubah undi bukan sebab mereka minat lawak rempit, bukan sebab dorang suka racist, bukan sebab mereka tak suka Syed Saddiq menggelabah lembik. Mereka berubah undi bukan sebab Ahmad Maslan masak sedap.

Mereka berubah undi sebab mereka tak berpuas hati dengan hidup mereka!

Cuba kau ada hutang pendidikan yang banyak, lepas tu harga barang naik lagi, dulu janji lepas tu tak dapat-dapat lagi, siapa tak naik hangin?

Aku baca artikel terbaru Liew Chin Tong tentang PRK Semenyih. Lupa mana aku letak link dia. Penaakulan dia sangat tajam. Kat NST rasanya.

Malangnya, orang paling cerdik dalam DAP tak jadi pun Menteri Kewangan, sebab macam semua politik dalam dunia ni, politik cable bapak masih kuat lagi.

Jadi kalau nak ulas politik, kenalah power matematik. -TTKM-


Nami adalah seorang penulis muda yang aktif menulis. Salah satu novel tulisan beliau adalah “Awek Chuck Taylor”. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. -Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.