May 16, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Ingatlah Azmin, kronologi kerugian MAS bermula dari PM ke 4!

Azmin Ali, Menteri hal ehwal ekonomi. Gambar dari Malaysiakini

Oleh : Khairul Azri

1993 – BNM Rugi.

Melalui laporan Tahunan Bank Negara Tahun 1993, Bank Negara menanggung kerugian operasi sebanyak RM712 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1993.

Namun desas-desus mengatakan bahawa sebenarnya, BNM mengalami kerugian yang lebih besar dan berdasarkan cakap-cakap di dalam pasaran ketika itu, kerugian itu adalah datangnya akibat daripada penglibatan BNM berspekulasi dalam pasaran pertukaran wang antarabangsa yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada Bank Negara.

Kerugian yang besar ini telah diletakkan di dalam satu item perakaunan yang “luar biasa” dipanggil ” deferred expenditure ” atau perbelanjaan tertangguh.

Di bawah tajuk “perbelanjaan tertangguh” itu diletakkan jumlah RM5.7 bilion. Di belakang tabir, jumlah kerugian dikatakan jauh lebih besar. Pelbagai aset dan pelaburan Bank Negara telah dijual untuk “mengurangkan” kerugian itu sebanyak mungkin.

Dan salah satu aset Bank Negara adalah 32 peratus saham MAS yang ia miliki pada harga RM8.00, iaitu, RM3.50 lebih tinggi daripada harga pasaran sekitar RM4.50 sesaham pada ketika itu. [1]

Nota Kaki:

Di bawah nota kaki berkaitan (Note No. 10: Deferred Expenditure) dinyatakan: “This represents the net deficiency arising from foreign exchange transactions. The Government has undertaken to make good this deficiency as and when required to do so by the Bank.” Bank Negara dibenarkan mengurangkan kerugian itu secara beransur-ansur selama sepuluh tahun mulai tahun 1994 dengan menolak keuntungan tahunan sebanyak RM500 juta tiap tahun. Kerugian itu telah menjadi kosong (fully armortized) pada 31 Disember 2003. [1]

1994 – Tajudin ambil alih MAS.

Tan Sri Tajudin Ramli diarahkan mengambil alih syarikat penerbangan nasional itu daripada BNM melalui pembelian 32% kepentingan ataupun 224 juta saham MAS oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 ketika itu.

Beliau diarahkan untuk membeli saham MAS pada harga RM8 seunit, yang melibatkan transaksi berjumlah RM1.79 Bilion.

Walaupun harga semasa saham MAS hanyalah RM3 yang mana 224 juta saham adalah berjumlah RM600 juta sahaja.

Tajudin, yang juga memiliki gergasi telekomunikasi Celcom, membuat pinjaman RM1.79 bilion daripada beberapa bank dan GLC untuk membiayai pembelian saham MAS tersebut. [2]

Menurut Tajuddin, beliau membeli saham terbabit pada harga yang cukup tinggi atas desakan kerajaan dan tujuannya “to enable Bank Negara to recoup some ot its foreign exchange losses.” (NST 7 Julai 2006). [1]

1997 – Asian Financial Crisis.

Tan Sri Tajudin Ramli ‘terkena getah’ Asian Financial Crisis dan tidak mampu membayar pinjaman-pinjaman yang dibuat daripada peminjamnya.

DanaHarta ditubuhkan pada tahun tersebut telah bertindak untuk mengambil alih non-performing loan (NPL) Tan Sri Tajudin. [3]

1998 – MAS rugi RM256 juta [3]

2000 – MAS rugi lagi RM255.7 juta [3]

PM ke-4 umum bahawa setakat tahun 2000, MAS menangung kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 billion.

2001 – Kerajaan beli semula MAS dari Tajuddin.

Kerajaan melalui Khazanah membeli semula 32% saham MAS daripada Tajuddin dengan harga yang sama iaitu RM8 walaupun pada ketika harga pasaran MAS hanyalah RM3.68 sesaham. [3]

2002 – MAS rugi RM8 Bilion di bawah Tajudin.

Pengurusan MAS membuat laporan polis pada tahun 2002 dan menuduh bahawa ketika Tajudin mengambil alih MAS daripada BNM pada tahun 1994, MAS mempunyai rizab tunai sebanyak RM600 juta, akan tetapi 7 tahun dibawah pimpinan Tajuddin, hutang MAS telah terkumpul hingga meningkat kepada 9.4 Bilion pada tahun 2001, terakhir sebelum MAS diserahkan kembali kepada kerajaan. [4]

Danaharta, yang mengambil alih NPL daripada Tajuddin pada tahun 1997 mahu mendapatkan kembali kira-kira RM1.6 bilion yang telah dipinjamkan sebelum ini.

Akibatnya, Tajudin kemudian terpaksa melepaskan kepentingannya bernilai kira-kira RM700 juta dalam Celcom, syarikat yang kemudian diambil alih oleh Telekom Malaysia. [2]

2005 – MAS rugi lagi RM1.3 Bilion.

Datuk Seri Idris Jala yang ketika itu mengetuai pemandu dilantik sebagai CEO.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Danaharta terhadap hutang Tajudin yang membabitkan RM589 juta. [3]

2006 – Tajudin memfailkan tuntutan balas.

Tajudin menuntut relif berjumlah RM13.36 Bilion daripada kerajaan, TM, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Celcom serta 22 individu. [5]

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata dia dipaksa untuk membeli MAS oleh PM-4 dan Menteri Kewangan sebagai ‘khidmat kepada negara’,untuk membantu kerajaan menutup kerugian Bank Negara dalam urusan pertukaran mata wang asing. dakwaan yang dinafikan bekas perdana menteri itu dalam biografi peribadi, “Doctor in the House”. [1]

2007 – MAS untung.

MAS turn to black, membuat keuntungan untuk pertama kalinya sejak 2000 sebanyak RM852 juta, tertinggi dalam sejarah MAS. [3]

Direktor CCID memberikan taklimat mengenai penyalahgunaan kuasa dan fraudulent dealings yang melibatkan Tajudin kepada PM-5 dan juga Datuk Seri Idris Jala.

Namun tiada apa-apa tindakan yang diambil. [6]

2009 – MAS untung lagi RM522 juta.

Datuk Seri Idris Jala tinggalkan MAS untuk kembali ke PEMANDU sebagai CEO. [5]

Sekali lagi, MAS melalui MD MASKargo Shahari Sulaiman, melaporkan salah laku Tajudin Ramli kepada SPRM.

DANAHarta menang sekali lagi saman RM589 juta dan saman relif Tajuddin digugurkan oleh mahkahmah, namun anehnya Danaharta dan GLCs yang terlibat telah mengambil keputusan untuk meneylesaikan perkara ini diluar mahkahmah. [6]

2010 – Bukti baru Tajudin Ramli merugikan MAS.

Melalui laporan SPRM, diantara kerugian utama yang dilaporkan oleh MAS adalah pemindahan operasi kargo syarikat MAS di Amsterdam dan Frankfurt kepada sebuah hub di Hahn di Jerman, yang mana syarikat tersebut telah memasuki perjanjian sewa aircraft yang merugikan yang kemudiannya didapati adalah sebuah syarikat yang ada kena mengena dengan Tajudin.

Hub Kargo tersebut dikatakan telah menyumbang kerugian RM10-RM16 juta sebulan selama beberapa tahun sebelum projek berkenaan dihentikan apabila MAS diambil semula oleh kerajaan.

Pemberhentian tersebut bagamanpun telah mengakibatkan syarikat berkenaan menuntut gantirugi sebanyak RM300 juta daripada MAS. [4]

2011 – MAS rugi RM2.5 Billion. [3]

2012 – MAS untung RM430 juta. [3]

Penyelesaian luar mahkahmah DanaHarta- Tajuddin selesai. [5]

2013 MAS rugi RM1.16 Billion. [3]

MAS Rugi RM4-5 juta setiap hari.

2014 – MH370, MH17 terhempas. [3]

Khazanah beli semula baki 31% saham daripada pemegang saham minoriti MAS untuk de-list MAS dan mengambil alih MAS secara sepenuhnya (swastakan) melibatkan transaksi berjumlah RM1.38 billion. [7]

2015 – MAS, Malaysia Airline System Bhd ditukar nama menjadi Malaysia Airlines Bhd fully owned by Khazanah Nasional.

Khazanah menyuntik RM 6 Bilion ke dalam MAS untuk pelan rasionalisasi MAS yang mana mensasarkan untuk re-listing MAS ke dalam Bursa Malaysia pada tahun 2019. [3]

2019 – MAS ‘sumbang’ separuh daripada ‘impairment’ aset Khazanah iaitu sebanyak RM3 Billion. [8]


Komen penulis:

Terima kasihlah kepada YB Azmin yang mengingatkan kita semua untuk mencari punca kepada kegagalan MAS -Khazanah, saya petik apa yang YB Azmin kata,

Masalahnya sesetengah ahli politik hari ini, sering kali menteri-menteri yang telah gagal, bercakap dulu dan kemudian baru periksa apa yang telah dikatakan. Akhirnya meludah ke langit, terkena muka sendiri. Ini sebabnya,” – Azmin Ali [8]

Faham akal saya, Azmin sebenarnya bukan sahaja mengingatkan Najib, akan sebaliknya hendak mengingatkan bossnya kini yang pernah menjadi PM-4 dan tidak dilupakan juga kepada rakan bossnya yang kini berada di dalam COE menasihati kerajaan hari ini yang pernah menjadi bekas menteri kewangan ketika zaman PM-4, yang mana keduanya banyak juga ‘menyumbang’ kepada keadaan MAS pada hari ini.

Orang tua-tua koba, “Pukul Anak, Sindir Menantu”

Bijak-bijak.

 

Sekian.

Rujukan:

[1] Skandal MAS-Bank Negara, siapa dalangnya?
https://www.malaysiakini.com/opinions/54764

[2] Jangan kata ‘tidak’ pada PM, bekas bos MAS dakwa diberitahu Daim
https://www.freemalaysiatoday.com/…/jangan-kata-tidak-pada…/

[3] The 21 years of mismanagement that brought MAS to its knees
https://www.theedgemarkets.com/…/21-years-mismanagement-bro…

[4] New evidence on ex-MAS head Tajuddin Ramli surfaces
https://www.thestar.com.my/…/new-evidence-on-exmas-head-ta…/

[5] Tajudin Ramli, Danaharta reach out-of-court settlement
https://www.thestar.com.my/…/tajudin-ramli-danaharta-reach…/

[6] MAS scandal: The gov’t must let the truth be told
https://www.malaysiakini.com/letters/189932

[7] Khazanah to pay RM1.4bil to take MAS private; 6 to 12 months for restructuring
https://www.thestar.com.my/…/state-fund-khazanah-to-pay-rm…/

[8] Khazanah rugi: Azmin ingatkan Najib pasal MAS
https://www.malaysiakini.com/news/466742

-TTKM-


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM. – Editor.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: