April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kronologi PPRT Taman Manggis dedah kepincangan kerajaan negeri P.Pinang.

Gambar sekadar hiasan. PPR di Pulau Pinang.

Oleh : Danny Liew

Kronologi PPRT Taman Manggis

2002
PPRT Taman Manggis diluluskan. Sebanyak 320 unit akan dibina.

Julai 2003 
Pengarah Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan memo kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebanyak 272 unit rumah kos rendah untuk fasa 2 PPR Taman Manggis diluluskan.

2006
Fasa pertama PPRT Taman Manggis siap dibina.

8 Mac 2008
PRU12. Kerajaan negeri Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

5 Sept 2008
Phang Li Koon membeli rumah di Jalan Pinhorn dengan pinjaman daripada Public Bank. Harga belian RM2.5 juta.

Nov 2008
Ejen hartanah menilai rumah di Jalan Pinhorn.

2010
Tanah yang dikenalpasti untuk PPRT Taman Manggis dijual kepada sebuah syarikat yang dikawal oleh KL International Dental Centre (KLIDC). Sebuah hospital swasta dijangka dibina di situ.

5 Mei 2013
PRU13. Kerajaan Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan mereka di Pulau Pinang.

20 Oktober 2014
KM Pulau Pinang umumkan bahawa projek hospital KLIDC dijangkakan bermula pada awal tahun depan (2015) dan dijangkakan siap pada 2018.

28 Julai 2015
Lim Guan Eng membeli rumah daripada Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta. Harga pasaran adalah RM4.27 juta.

5 April 2016
Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN, membuat tuduhan bahawa KLIDC telah menjual pegangan sahamnya dalam syarikat yang memegang tanah di Taman Manggis. Tuduhan itu disangkal oleh KM Pulau Pinang.

14 Mei 2016
Ketua Pembangkang Negeri Datuk Jaharah mempersoalkan kenapa projek KLIDC belum bermula.

9 Mei 2018
PRU14 – Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional.

4 Jun 2018
Tommy Thomas, peguambela kes Lim Guan Eng dilantik menjadi Peguam Negara.

3 Sept 2018
Lim Guan Eng dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

7 Mac 2019
Penduduk PPRT Taman Manggis yang dikatakan hilang kelayakan dihalau keluar daripada rumah mereka.

#SewaPPRT_RM124
Hutang sewa tak berbayar
= RM15,000

Dengan anggapan, tidak pernah bayar sewa langsung, dengan sewa seunit RM124. Anggapan seterusnya, tiada faedah ke atas lambat bayar.

Tempoh masa tidak bayar sewa
= RM15,000 ÷ RM124
= 120.9 bulan
= 10 tahun.

Tahun pindah masuk
= 2018 (awal tahun 2019) – 10 tahun
= 2008 (zaman pentadbiran BN di Pulau Pinang).

#PPRT_Sewa_RM100
Hutang sewa tak berbayar
= RM15,000

Dengan anggapan, tidak pernah bayar sewa langsung, dengan sewa seunit RM100. Anggapan seterusnya, tiada faedah ke atas lambat bayar.

Tempoh masa tidak bayar sewa
= RM15,000 ÷ RM100
= 150 bulan
= 12 tahun 6 bulan.

Tahun pindah masuk
= 2018 (awal tahun 2019) – 12 tahun 6 bulan
= 2005 bulan Jun (zaman pentadbiran BN di Pulau Pinang).

Tapi, tinggal di mana kalau tak siap lagi?

Apa yang kamu perlu fikir?
1. Adakah kesemua yang dihalau tidak layak?
2. Berapa unit PPRT dibina dari 8 Mac 2008 sehingga ke hari ini oleh kerajaan negeri Pulau Pinang?

Kesimpulan berdasarkan penaakulan maklumat di tangan kamu. Dan Google sendiri maklumat di atas. – TTKM-

Sumber. 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: