Najib beri bukti Hotel Royale Chulan milik LTAT sedang dijual kepada Singapura.

Oleh : Najib Razak

Minggu lepas saya dedahkan bahawa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings sedang dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta sahaja.

Tetapi Mat Sabu kata saya bohong. Tuduh saya sebar “fake news”.

Berita seperti berikut pun keluar di media yang mereka kawal:

Stop spreading ‘fake news’ on hotel sale, Defence Ministry tells Najib
https://www.nst.com.my/…/stop-spreading-fake-news-hotel-sal…

PH pakai air liur untuk tuduh saya penyebar “fake news” pulak!

Tetapi, lampiran-lampiran ini adalah pengumuman yang saya dapat dari Bursa Saham Singapura di mana syarikat Singapura tersebut telah mengesahkan mereka telah memperolehi kelulusan untuk membeli hotel ini dari Bursa Singapura.

Mereka juga mengesahkan hotel 4 bintang 400 bilik ini tereletak di atas tanah hakmilik kekal dengan lokasi yang amat strategik di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.

Syarikat Singapura ini juga puas hati dengan harga pembelian kerana saya percaya harga RM450,000 satu bilik ini adalah rendah jika dibandingkan dengan penjualan hotel 4 bintang lain di Kuala Lumpur.

Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini.

Syarikat Singapura ini mengesahkan bahawa wang deposit sudahpun dibayar kepada Boustead.

Wang (RM3.94 juta deposit) pun sudah mula bayar, bro!

Takkan syarikat Singapura ini mahu menipu Bursa Saham Singapura pulak?

Betul atau tidak, Mat Sabu?

Lebih baik saya letak pautan Bursa Singapura di sini juga.

Takut nanti Mat Sabu tuduh lagi saya sebar fake news (berita palsu) :
https://links.sgx.com/…/c3731e5cef1a5ebead0842c538f74e6e7e3…

https://links.sgx.com/…/f0d7a6647f116ecce80222acfff97d80275…



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version