PH tipu, Bon Samurai bukan untuk bayar hutang, tapi tambah hutang! – Najib.

Oleh : Najib Razak.
Hari ini, Menteri Kewayangan*  umum kerajaan PH telah berjaya menerbitkan bon samurai sebanyak RM7.3 bilion.

Pada permulaannya, mereka kata bon samurai ini akan digunakan untuk membayar balik “pinjaman yang mahal yang ditinggalkan oleh kerajaan BN”.

Kini, saya tengok mereka tidak akan berbuat demikian.

Kata Menteri Kewayangan hari ini, hasil pinjaman RM7.3 bilion bon samurai ini akan digunakan untuk “perbelanjaan pembangunan yang antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur utiliti.”

Siaran Media Kementerian Kewangan.

 

Bukan lagi untuk membayar balik hutang,

Sekali lagi Rakyat Malaysia ditipu.

Maka, hutang rasmi negara bertambah lagi hari ini.

Tambah lagi RM7.3 bilion ke atas RM761.5 bilion pada akhir Februari.

Hari ini sudah naik ke RM768.8 bilion.

Jika PH tak jarah RM82 bilion dari Petronas pada tahun 2018, hutang rasmi sudah meningkat ke RM850.8 bilion berbandng RM686 bilion pada akhir 2017 masa BN.

RM80 billion dividen Petronas dibayar kepada kerajaan pada 2018. Dari jumlah itu, RM21 billion dibayar ketika BN menjadi kerajaan, manakala baki RM59 billion dibayar ketika PH jadi kerajaan. – TTKM – 

Dulu kerajaan BN sering ke luar negara untuk membawa balik pelaburan luar.

Kini kerajaan PH lebih suka melawat ke luar negara untuk membawa balik hutang.

– TTKM- 
* Menteri Kewayangan = Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: