Kerajaan timbang hukum pengendali portal berita & media sosial

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pengendali portal berita dan media sosial yang membiarkan pandangan berbaur hasutan dan sensitif, di ruangan komen masing-masing, lapor Berita Harian.

Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata pihak pengendali portal dan media sosial seperti Facebook, perlu bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan pada kandungan berita yang mereka paparkan.

“Saya dalam proses mempertimbangkan sama ada untuk menggubal undang-undang bagi melihat aspek itu (pengendali portal dikenakan tindakan jika membiarkan komen sensitif).

“Bagaimanapun, perkara itu masih dalam pertimbangan dan ia belum dibincangkan di dalam Kabinet.

“Sehingga perkara itu diputuskan, kita perlu memastikan apa yang dipaparkan di portal itu mempunyai nilai penyatuan serta mengukuhkan negara,” – Gobind Singh

Mengulas lanjut, Gobind berkata, pihaknya menerima banyak aduan yang mendakwa pengendali portal berita dan media sosial seolah-olah tidak membuat sebarang pemantauan di ruangan komen masing-masing.

“Banyak perkara dibangkitkan di ruangan komen ketika ini boleh membangkitkan perasaan marah dan sebagainya.

“Walaupun kita benarkan portal dan Facebook melaporkan berita dan sebagainya, kita perlu perhalusi ruangan komen yang menyentuh isu perkauman, agama, institusi Raja dan seumpamanya.

“Kita kena faham, apabila komen itu disiarkan di dalam portal kita, ini adalah di bawah tanggungjawab kita,”  – Gobind Singh

TTKM mendapati saranan Gobind supaya pengendali laman facebook menapis ruang komen adalah hampir mustahil kerana kebiasaaannya terdapat ratusan hingga ribuan komen pada satu-satu posting di laman facebook kami.

Untuk rekod, jaminan no 7 Multimedia Super Coridor yang dirasmikan oleh perdana menteri ke 4 turut menyatakan bahawa tiada sebarang tapisan akan diadakan di ruang internet. – TTKM-

Tangkap layar laman web MDEC mengenai jaminan ke 7, tiada tapisan internet.

Video ehsan Malaysian Gazzette:

-TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: