Masih relevankah Anwar sebagai PM ke 8?

Anwar Ibrahim, bakal PM ke 8. Gambar NSTP.

Oleh : thehjOsaMa

Anwar Ibrahim Yang Kehilangan Peta.

Bermain di benak dan minda rakyat Malaysia satu persoalan yang sangat mengusarkan. Apakah keperluan paling penting untuk Dato Seri Anwar di lantik menjadi Perdana Menteri selepas Dr Mahathir?

Jika persoalannya berkaitan dengan ekonomi Malaysia? Kenapa Dato Seri Anwar tidak membantu sekarang di saat beliau merupakan antara watak terpenting dalam negara.

Jika berkaitan dengan umur Dr M yang sudah lanjut, Anwar juga tidaklah terlalu muda untuk berada di kerusi tersebut.

Apakah pembaharuan yang boleh dan bakal Anwar lakukan untuk menjadikan Malaysia lebih baik berbanding Dr Mahathir malah Najib Razak sendiri sekarang?

Adakah hanya untuk menjadikan Anwar tercoret sebagai Perdana Menteri selepas sekian lama menjadi BAKAL Perdana Menteri?

Ia bukanlah faktor terbaik atau formula paling utama untuk Malaysia ketika ini. Dengan faktor ekonominya yang sangat terdesak, isu perkauman yang sedikit meruncing malah kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi terkacau.

Sosok Anwar hampir tidak lagi relevan untuk semua sebab.

Beliau tidak lagi sesuai untuk menjadi ubat untuk menyembuhkan Malaysia. Malah mungkin langkah terkebelang untuk Malaysia memilih beliau sebagai Perdana Menteri Ke- 8.

Beliau hampir kehilangan di dalam peta!

-thehjOsaMa-
Parlimen Malaysia


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.