April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Ustaz Norazli meninggal dunia.

Madinah, 12 Mac: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban meninggal dunia pada jam 12.30 pagi tadi waktu Madinah.

Perkara ini disahkan oleh isteri beliau melalui status ringkas di laman facebook allahyarham.

“Suami saya Norazli B Musa meninggal malam tadi jam 12 lebih di Madinah AlMunawwarah. Mohon doa dari semua semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.”

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin pula berkata pemergian allahyarham adalah istimewa kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah.

“Pagi ini medapat khabar sedih dari bumi Madinah Ustaz Norazli Musa ( Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, YDP PAS kawasan Ipoh Barat, Mantan Ketua Pemuda PAS Perak) telah menghembuskan nafas akhir pada jam 12.30 waktu Madinah. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Maghfirah keatasnya serta ditempatkan bersama para solihin dan Anbiya’.
Takziah kepada seluruh anggota keluarganya.

Istimewanya Meninggal Dunia di Madinah..Dalil mengenai keutamaan meninggal di kota Madinah. Dalam hadith dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Siapa yang boleh memilih mati di Madinah, maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat bagi mereka yang mati di Madinah.” (HR. Ahmad 5437, Turmudzi 4296 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)” 

– Mohd Akmal Kamaruddin

Pada PRU ke 14 yang lepas, Ustaz Norazli Musa bertanding di kerusi parlimen Tapah, tetapi tewas kepada MIC. – TTKM – 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: