Ini info terkini kes pencemaran di Pasir Gudang – Menteri

Terkini Dari Pasir Gudang

Oleh : Yeo Bee Yin

1. JAS telah menyelesaikan kertas siasatan terhadap salah seorang suspek, yang mempunyai ciri kimia yang sama dengan pencemaran di Sungai Kim Kim dan JAS Negeri Johor telah merujuk kertas siasatan tersebut kepada pihak pendakwa hari ini di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 seksyen 34 (b), yang jika didapati bersalah , akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500k dan / atau 5 tahun penjara.

2. Saya telah berkomunikasi dengan Peguam Negara untuk memberitahunya keparahan kes itu dan menanyakan kemungkinan pelbagai pertuduhan bukan hanya EQA 1974.

3. Semasa lawatan pada Ahad, saya telah mengarahkan Ibu Pejabat JAS untuk menggerakkan sumber untuk membantu JAS Johor untuk mengenal pasti suspek. Sekarang kita akan menggerakkan lebih banyak lagi untuk memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Bencana.

4. Jawatankuasa Bencana yang diketuai oleh Kerajaan Negeri Johor akan bertanggungjawab untuk kerja pembersihan sungai (yang mesti dilakukan secepat mungkin), penutupan sekolah dan semua kerja penyelarasan. MB akan mempengerusikan mesyuarat koordinasi pada pukul 3.30 petang.

5. Rakan sekerja saya, Menteri Kesihatan, Dr Zul berada di sini nanti untuk mengemaskini aspek kesihatan awam.

6. Saya harap orang ramai hanya menyebarkan maklumat rasmi sahaja dan jangan mempercayai khabar angin terutama cerita-cerita sensasi yg tidak bertanggungjawab.

7. Sebagai sumber rujukan utama, Jawatankuasa Bencana akan mengemas kini maklumat krisis dari masa ke semasa. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.