April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

506 dirawat,166 masuk wad, 9 ICU. “Keadaan terkawal, tak perlu isytihar darurat” – MB Johor.

JOHOR BAHRU, 13 Mac  — Situasi pencemaran berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang, setakat ini terkawal dan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian menurut laporan Bernama. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zul berkata setakat ini pencemaran kimia di Pasir Gudang telah menyebabkan 506 pesakit dirawat dan 166 dimasukkan ke dalam wad manakala 9 lagi di bawah unit rawatan rapi (ICU). Beliau turut menafikan dakwaan terdapat kematian berhubung pencemaran toksik.

Osman yang mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata rakyat juga diminta jangan mempercayai serta menyebar maklumat-maklumat tidak benar yang tular sebaliknya sentiasa mengikuti informasi yang betul dari saluran yang benar.

“Kita lihat…menerusi laporan jabatan-jabatan yang terlibat, ini bukan suatu perkara yang kita boleh anggap sehinggakan kita kena insytihar darurat dan sebagainya. Tidak. Jauh daripada itu. Dalam keadaan terkawal,”

“Ketika ini kita tidak perlu menunding jari dan cari salah mana-mana pihak dan cuba bermain politik kerana fokus utama adalah untuk kerja-kerja pengawalan pencemaran dan mengurus serta merawat pesakit-pesakit yang terkesan dengan pencemaran ini”

– Datuk Osman Sapian

Menurut beliau lagi, banyak faktor yang menyebabkan insiden itu berlaku, termasuk arah angin dan haba panas selain ia menjejaskan kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan, beliau berkata penduduk tidak terjejas kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

“Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari .. kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.” – Datuk Osman Sapian

-TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: