Bukti video : Tak perlu pindahkan penduduk kerana rumah boleh tutup pintu.

Kuala Lumpur: Berdasarkan kenyataan Pejabat Menteri Besar Johor yang mengatakan “laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB Menteri Besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini.”, maka TTKM siarkan  petikan video sesi soal jawab sidang media Menteri Besar Johor, Dato Osman Sapian untuk penilaian sendiri pembaca.

Dalam video ini (Ehsan Astro Awani) , beliau ditanya sama ada penduduk yang tinggal kawasan berhampiran perlu dipindahkan, beliau berkata, kawasan perumahan dimaksudkan tidak terjejas, sebaliknya hanya sekolah-sekolah.

Ini transkrip ucapan beliau:

“Saya lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah. Kerana sekolah ini dia terdedah. Rumah ini dia tutup pintu dan sebagainya. Dan mereka yang duduk di rumah ini, biasanya dia tidak keluar sewaktu siang hari dan sebagainya. Dan sebahagian daripadanya kerja. Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini dia tidak begitu terjejas. Hanya yang terjejas sikit adalah sekolah” – Dato Osman Sapian. 

Video ehsan Astro Awani:

 

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version