KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEPERLUAN MEMINDAHKAN PENDUDUK- PEJABAT MB JOHOR 

Poster ihsan Pejabat Menteri Besar Johor

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEPERLUAN MEMINDAHKAN PENDUDUK- Pejabat MB JOHOR

Merujuk kepada paparan petikan tajuk berita yang sedang ditularkan di media sosial kononnya Menteri Besar Johor mengeluarkan kenyataan “tidak perlu pindah penduduk kerana rumah boleh ditutup pintu”.

Ingin ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mengambarkan keseluruhan penjelasan mengenai situasi semasa dan keperluan memindahkan penduduk.

Penilaian yang dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Bencana Negeri mendapati kawasan sekolah dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi setelah mengambil kira struktur bangunan yang terbuka manakala orang awam yang tinggal di kawasan perumahan yang lebih tertutup dan terlindung pula paling kurang terdedah kepada risiko pencemaran.

Rupabentuk struktur bangunan antara kegunaan awam seperti sekolah (tinggi dan terbuka) dengan rupabentuk premis peribadi seperti rumah menjadi faktor penting bagaimana kawalan boleh dilakukan dari merebaknya pencemaran.

Justeru berdasarkan laporan serta nasihat daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, satu tindakan proaktif telah diambil serta pemantauan secara rapi, maka Jawatankuasa Bencana Negeri mendapati tiada keperluan untuk memindahkan penduduk memandangkan keadaan adalah terkawal. Namun demikian, langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, hendaklah dipatuhi oleh orang ramai.

Merujuk kepada paparan mengenai laporan kenyataan tersebut, secara jelas dan sememangnya tidak masuk akal malah penularan paparan ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama YAB Menteri Besar serta memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan situasi ini.

Pejabat Menteri Besar Johor
14 Mac 2019



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version