Jangan sebar atau kongsi rakaman video insiden tembak di masjid Christchurch – SKMM

KENYATAAN MEDIA:

Jangan sebar atau kongsi rakaman video insiden tembak di masjid Christchurch

KENYATAAN MEDIA SKMM

CYBERJAYA
15 Mac 2019

JANGAN SEBAR ATAU KONGSI RAKAMAN VIDEO INSIDEN TEMBAK DI MASJID CHRISTCHURCH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai di negara ini untuk tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak-menembak di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat. Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Pada masa yang sama, pihak MCMC akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. MCMC memandang serius perkara ini dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada. – TTKM –

#MCMC #AKM1998

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.