Mangsa meningkat 3,555 orang. MB kata:”worst tak worst sangat, tiada kematian & tiada critical case”

Gambar kredit Muslimat PAS

PASIR GUDANG: Sebanyak 780 kes baru didaftarkan di pusat rawatan di Stadium Tertutup Pasir Gudang setakat jam 12pagi 14 Mac membawakan jumlah keseluruhan mangsa yang terkesan dengan pencemaran kimia di sini kepada 3,555 kes,  lapor The Star

Dari 780 kes itu, 202 menerima rawatan lanjut di hospital manakala 113 dimasukkan ke dalam wad, menurut Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor.

Katanya lagi, mereka yang dimasukkan ke hospital sebelum itu telah pun dibenarkan keluar.

“Sejumlah 531 mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail telah dikeluarkan dan dibenarkan pulang ke rumah”

Laporan sebelum ini menyatakan jumlah mangsa yang terkesan dengan pencemaran udara di sini meningkat kepada keseluruhan 2775 kes dalam 8 hari pertama sisa kimia dibuangkan ke dalam Sungai Kim Kim.

Menteri Besar Johor, Osman Sapian pada sidang akhbarnya kelmarin berkata situasi di Pasir Gudang tidaklah  seteruk mana (worst tak worst sangat)  kerana tiada kematian dan tiada juga kes yang kritikal.

“Worst tak worst sangat. Tak ada kematian dan tidak ada juga kritikal kes. Just dia rasa muntah, dia rasa pening kepala sahaja.” – Dato Osman Sapian.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: