Jufazli dicekup polis, katanya: “Mahathir bukan takut Anwar, beliau takut dengan saya”

KOTA KINABALU, 16 Mac: Jufazli Shi Ahmad yang popular dengan vlog di facebooknya yang kerap mengkritik dan menghina pemimpin politik negara dicekup oleh polis di rumahnya awal hari ini.

Dalam siaran langsung (live streaming) di Facebooknya pada jam 3 pagi tadi, Jufazli menunjukkan beberapa pegawai polis telah masuk ke rumahnya untuk menahan beliau. 

Dalam video tersebut, Jufazli berkata beliau  enggan memberikan kerjasama kepada  pihak polis kerana mendakwa mereka tidak mempunyai waran tangkap.

“Saya tidak akan memberikan kerjasama penuh kepada polis jika mereka tidak mematuhi undang-undang dan prosedur mereka sendiri,” – Jufazli Shi Ahmad

Setakat ini, video itu tular di media sosial dan mendapat 39K komen,  8,152 perkongsian  dan 443K paparan. 

Dalam satu video berdurasi 58 minit 19 satu itu, menurut laporan FMT, Jufazli berulang kali menuduh Mahathir melakukan pelbagai jenayah, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan membuat pakatan sulit dengan presiden PAS Hadi Awang dan bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Beliau juga mendakwa Mahathir sebenarnya bukan takut dengan Anwar Ibrahim, tetapi dengan beliau.

“Mahathir bukan takut Anwar Ibrahim, tapi Mahathir takut dengan saya, Jufazli Shi Ahmad.”  – Jufazli Shi Ahmad

Video tersebut boleh ditonton di sini:

Sekurang-kurangnya satu laporan polis dibuat terhadap Jufazli kerana didakwa “menyerang” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 14 Mac lepas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berharap pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap  Jufazli Shi Ahmad yang didakwa biadap serta menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abu Bakar berkata  penghinaan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial tersebut menerusi video berdurasi 41.03 minit yang dimuat naik itu adalah keterlaluan apatah lagi melibatkan penggunaan kata-kata kesat.

TTKM mendapati video yang dimaksudkan oleh Abu Bakar itu adalah seperti di bawah.

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version