Menteri, mana bacaan kualiti udara di Pasir Gudang?

Oleh : Editorial TTKM

Pasir Gudang, 16 Mac: Selepas 10 hari kejadian pencemaran toksik di Pasir Gudang, penduduk  masih tertanya-tanya bagaimanakah kualiti udara di sekitar kawasan yang terkesan dengan pencemaran toksik tersebut.

Sehingga kini, indeks kualiti udara tidak disiarkan kepada orang awam seperti kebiasaan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar ketika menghadapi kes jerebu suatu ketika dulu.

Pada 13 Mac yang lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata lebih banyak alat untuk memantau bacaan kualiti udara setiap masa akan dipasang.

“Kita juga akan memasang lebih banyak alat mengesan gas di beberapa altitut ketinggian berbeza di sekitar kawasan pencemaran bagi memantau bacaan kualiti udara setiap masa. Ia bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil sebelum gas kimia berbahaya merebak lebih jauh dengan faktor cuaca, terutama hujan dan angin kencang” – Yeo Bee Yin

Petang tadi, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis mengesahkan bahawa pencerapan bacaan tahap kualiti udara dilakukan tiga kali sehari iaitu :

  1. Antara jam 8am-12pm.
  2. Antara 6pm-9pm
  3. Antara 9pm-6am.

Walaubagaimanapun, mengapakah bacaan-bacaan ini tidak disiarkan kepada awam masih menjadi tanda tanya.

TTKM cuba mendapatkan jawapan dari menteri alam sekitar, Yeo Bee Yin dimanakah bacaan-bacaan tersebut boleh diakses oleh orang awam, tetapi setakat ini beliau masih belum memberikan respon. – TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.