Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Saya minta maaf”- Adun DAP

2 min read

Tangkap layar video kempen Chew Chong Sin pada PRU14 lepas, Video dari laman youtube beliau.

Mengkibol, 16 Mac: Setelah menarik balik kenyataan, Adun DAP Mengkibol, Chew Chong Sin akhirnya memohon maaf di atas kenyataan beliau petang semalam  yang memberi amaran bahawa “pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme ”.

Kenyataan kontroversi beliau semalam itu turut berkata  kerjasama Umno dan PAS adalah satu persepakatan yang tidak bertanggung jawab kerana minat kedua-dua parti itu terhadap isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing.” – Chew Chong Sin

Berikut merupakan kenyataan maaf penuh Adun DAP itu yang menurutnya “mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan beliau”:

“Tragedi yang berlaku di New Zealand sangat menyedihkan, saya mengutuk keras perbuatan pengganas pelampau ini. Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa dan saya berdoa semoga cepat sembuh kepada mereka yang tercedera dalam kejadian ini.

Tujuan asal kenyataan media saya petang tadi ialah untuk mengingatkan masyarakat akan kepentingan mencegah keganasan pelampau. Saya memohon maaf atas kenyataan saya itu yang mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin saya sampaikan.

Dengan hati yang ikhlas, saya meminta maaf atas kenyataan saya itu kerana telah menyinggung perasaan orang ramai, terutamanya masyarakat Muslim.” – Chew Chong Sin

Chew Chong Sin  memenangi DUN Mengkibol pada PRU 14 lepas apabila mengalahkan calon dari MCA dengan mendapat majoriti 19,266 undi.

kluang.JPG

Sebelum ini, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata kerjasama PAS-UMNO adalah umpama deklarasi perang terhadap non-muslim. Walau bagaimanapun, setelah dikecam pelbagai pihak, beliau membuat pembetulan pada kenyataan tersebut dengan menggugurkan perkataan ‘deklarasi perang terhadap non-muslim’ kepada ” ‘sasaran kepada bukan Melayu’.”

Pada 12 Mac lepas, Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang didakwa berunsur hasutan mengenai kerjasama UMNO dengan PAS itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan sudah bermula sejak minggu lalu sebaik sahaja pihak polis menerima laporan pertama kes itu.

“Kita menerima sebanyak 58 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” – Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Kerjasama diantara PAS-UMNO dilihat membuahkan hasil  Barisan Nasional menang di PRK Cameron Highland dan merampas Semenyih dari Pakatan Harapan. Penganalisis menjangkakan jika kerjasama ini diteruskan pada PRU-15 , puluhan kerusi Pakatan Harapan akan jatuh kepada PAS-UMNO dan kerajaan sepenggal PH mungkin akan menjadi realiti. -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: