Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Setelah mohon maaf, FB Adun DAP tidak dapat diakses.

2 min read

Facebook, 16 Mac: Laman facebook adun DAP Mengkibol, Chew Chong Sin tidak dapat diakses selang beberapa jam selepas beliau menaikkan status meminta maaf berhubung kenyataan kontroversi semalam yang  memberi amaran bahawa “pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme ”.

Hasil carian TTKM ke FB beliau di pautan ini https://www.facebook.com/chewchongsin.cn/ pada jam 11:54 pagi 16 Mac
menunjukkan paparan berikut:

yilek.JPG

Kebiasaannya, paparan FB itu menunjukkan sama ada laman tersebut ditutup oleh FB sendiri ataupun admin FB terbabit menyah-aktif akaun (deactivate account).

(TTKM berpendapat bahawa  admin FB Chew Chong Sin mungkin menyah-aktif akaun kerana sebelum itu terdapat ribuan netizen ‘membawang’ mengecam adun DAP terbabit di ruang komen. Beberapa komen turut dipadam oleh admin pada satu ketika, tetapi operasi memadam komen terhenti apabila komen telah mencecah sehingga 10 ,000 )

Untuk rekod, kenyataan kontroversi Che Chong Sin semalam  turut berkata  kerjasama Umno dan PAS adalah satu persepakatan yang tidak bertanggung jawab kerana minat kedua-dua parti itu terhadap isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing.” – Chew Chong Sin

Beliau kemudian menarik balik kenyataan tersebut, dan setelah itu memohon maaf.

Berikut merupakan kenyataan maaf penuh Adun DAP itu yang menurutnya “mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan beliau”:

“Tragedi yang berlaku di New Zealand sangat menyedihkan, saya mengutuk keras perbuatan pengganas pelampau ini. Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa dan saya berdoa semoga cepat sembuh kepada mereka yang tercedera dalam kejadian ini.

Tujuan asal kenyataan media saya petang tadi ialah untuk mengingatkan masyarakat akan kepentingan mencegah keganasan pelampau. Saya memohon maaf atas kenyataan saya itu yang mengundang salah faham daripada maksud sebenar yang ingin saya sampaikan.

Dengan hati yang ikhlas, saya meminta maaf atas kenyataan saya itu kerana telah menyinggung perasaan orang ramai, terutamanya masyarakat Muslim.” – Chew Chong Sin

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: