KUALA LUMPUR, 18 Mac: Sebuah jawatankuasa khas dianggotai oleh pemimpin-pemimpin agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dibentuk bagi membawa mesej keamanan dan perpaduan antara kaum dan agama.
Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata jawatankuasa itu akan mengutuk insiden tembakan di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 nyawa.
“Esok (hari ini) saya akan jumpa dengan semua pemuka-pemuka agama di Malaysia termasuk NGO-NGO untuk kita buat satu jawatankuasa bagi (yang) pertama kita ‘condemn’ apa yang berlaku (di New Zealand).
“Kebencian ini sampai membawa kepada pembunuhan… Kita mengutuk serangan tersebut.
“Dan yang kedua kita hendak bawa mesej tentang kedamaian yang merupakan satu perkara yang kita kena pertahankan… kita kena kekalkan mesej kedamaian yang Islam bawa,” – Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita 2019, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, semalam.
Sementara itu, pembentukan jawatankuasa ini tidak mendapat maklum balas yang baik di kalangan netizen. Malah, Mujahid pula menjadi mangsa troll mereka:
Ana Sabrina Ab Rahim Tentera bawang dah menyerang ribuan. Menteri nak mengutuk pun kena tunggu bentuk jawatankuasa. Apa yg lawak sgt ni. Nak mengutuk pun kena jawantkuasa hahaha
Hilmi Razali Kami ni bawang rangers freelancer je.
Osm R Li Mmg betul serius betul bingai mujahid ni
Joanna Jacqueline Makin menjadi Ke-Luncai-annya
Lutfi Ahmad Mana tempat nak daftar?? Terasa nak join🤣🤣🤣🤣….. selama ni aku salah buat. Kutuk tanpa jawatankuasa
Hairul Izwan Kutuk pun nk kena ada jawatankuasa?
Äd Tengkorak Berfikir di luar otak ni bro kahkahkah
Nurfarain Abu Bakar “Esok saya akan jumpa dengan semua ‘pemuka-pemuka’ agama di Malaysia termasuk NGO, untuk kita buat satu jawatankuasa bagi ‘condemn’ apa yang berlaku, kerana kebencian yang membawa kepada pembunuhan begitu amat berbahaya,” Serius tak boleh henti gelak ni. HAHAHAHA 😂🤣 Jawatankuasa main pondok-pondok ka? Lawak!~ 😂🤣
Zuan Zass Bodoh! Kau join jer la group Bawang Army Malaysia. Free.
Aznil Hisham Kajian utk bentuk jawatankuasa perlukan 1 tahun.
Rasyidi Adnan Pasni nk kutuk member2 kne buat jawatankuasa dlu lah..siapa paling kuat kutuk jd pengerusi
Rasyidi Adnan Pergh..lagi dahsyat dari tentera bawang..kami kutuk freelance je
NurZara Iman Kejadah..nak kutuk serangan pun tubuh jawatankuasa???
-TTKM-