Akhirnya, JAS siarkan kualiti udara di Pasir Gudang.

Pasir Gudang, 19 Mac: 12 hari selepas berlakunya pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menyebabkan ribuan mangsa terkesan, akhirnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerbitkan keputusan pemantauan kualiti udara di kawasan terbabit.

Untuk rekod, Buletin TTKM sebelum ini mendesak Yeo Bee Yin supaya menerbitkan kualiti udara supaya boleh diakses oleh orang awam.

Pemantauan kualiti udara hanya  dilakukan selepas kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim selesai.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata 1.5 kilometer sungai tercemar itu telah dibersihkan.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia akan digerakkan bagi memeriksa kualiti udara di 30 sekolah dalam radius antara lima hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim, hari ini.
“Sebanyak 30 kumpulan akan dihantar ke 30 sekolah terbabit berbekalkan alat pengesan gas bagi memantau kualiti udara, selain mengesan sama ada wujud kehadiran gas berbahaya di situ.
“Laporan penuh kualiti udara di lokasi yang dipantau akan diumumkan esok,”  -Yeo Bee Yin

Melalui satu kenyataan JAS 18 Mac , kualiti udara di Pasir Gudang semakin pulih dan sebanyak 42 sekolah telah dipantau oleh 30 pasukan pemantau Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

“Bacaan telah dibuat pada jam 12 tengahari, 3 petang, dan 6 petang pada 17 Mac.”

“Pemantauan pada waktu yang sama diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar stabil”

“Tiga lampiran mengandungi sembilan halaman adalah bacaan yang direkod pada 17 Mac 2019 di 23 pusat pemantauan yang mewakili 42 buah sekolah dan pemantauan diteruskan serta data akan diterbitkan dari masa ke semasa. ” – Kenyataan Jabatan Alam Sekitar

Berikut merupakan ringkasan keputusan pemantauan kualiti udara di Pasir Gudang pada 17 Mac 2019 ( klik anak panak ke kanan)

1 / 6

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version