Cerita anjing (Shafee) menarik untuk ditroll, tapi malangya TTKM tak troll – Setiausaha Kit Siang.

Twitter, 19 Mac: Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan berasa sedih laman facebook troll politik popular tanah air, Tentera Troll Kebangsaaan Malaysia tidak membuat troll berhubung kenyataan peguam Najib, Shafee yang memohon perbicaraan ditangguhkan ekoran tangannya retak kerana “anjing melompat ke atasnya”.

Syahredzan berkata demikian pada satu ciapan di akaun twitternya 13 Mac yang lalu.

Cerita anjing semalam adalah benda best untuk buat troll. Tapi malangnya Tentera Troll Kebangsaan Malaysia tak troll.  – Syahredzan Johan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 12 Mac lalu dilaporkan bersetuju untuk menangguhkan  kes rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan SRC International Sdn Bhd sehingga Jumaat 15 Mac berikutan tangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami kecederaan.

Muhammad Shafee memberitahu  tiga anggota panel Mahkamah Rayuan bahawa beliau tidak boleh meneruskan perbicaraan kerana pergelangan tangan kirinya retak.

“Anjing melompat ke atas saya,. Kini saya kesakitan dan memerlukan rawatan segera,”  – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Syahredzan Johan yang juga merupakan seorang peguam dilantik sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang pada Jun 2018.

Beliau mendakwa lantikannya sebagai Setiauasaha Politik ahli parlimen DAP itu adalah tugasan parti yang beliau  pegang dalam DAP dan bukannya jawatan bergaji. – TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: