Pencemaran toksik: “Kalau boleh tadi, saya tak nak pakai baju!” – MB Johor

Tangkap layar dari video Malaysia Gazzette

PASIR GUDANG  19 Mac– Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata proses pembersihan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah selesai.

“Alhamdulillah, sudah pun selesai. Dan bacaan (hidrogren sianida) hari ini adalah ‘kosong. ‘ ” – Datuk Osman Sapian

Ditanya wartawan mengapakah beliau masih memakai pakaian sut kimia, beliau berkata sekiranya boleh, beliau tidak mahu memakai baju, tetapi ia adalah SOP kontraktor.

“Ini SOP kontraktor. Saya kalau boleh tadi tak nak pakai baju. Tapi dinasihatkan mengikut SOP. Okay?” – Datuk Osman Sapian.

Selain itu, beliau juga menafikan pencemaran sungai Kim Kim sudah sampai ke laut, sambil memastikan flora dan fauna juga tidak tercemar dengan sisa toksik di sungai tersebut.

“Bukan sahaja itu, ( laut), kita juga akan mempastikan pokok-pokok, haiwan-haiwan yang ada di kawasan ini juga tidak tercemar” – Datuk Osman Sapian

Video kredit Malaysia Gazzette:

 

Pada perkembangan yang sama, 12 hari selepas berlakunya pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menyebabkan ribuan mangsa terkesan, akhirnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerbitkan keputusan pemantauan kualiti udara di kawasan terbabit.

(Untuk rekod, Buletin TTKM sebelum ini mendesak Yeo Bee Yin supaya menerbitkan kualiti udara supaya boleh diakses oleh orang awam.)

Melalui satu kenyataan JAS 18 Mac , kualiti udara di Pasir Gudang semakin pulih dan sebanyak 42 sekolah telah dipantau oleh 30 pasukan pemantau Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

“Bacaan telah dibuat pada jam 12 tengahari, 3 petang, dan 6 petang pada 17 Mac.”

“Pemantauan pada waktu yang sama diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar stabil”

“Tiga lampiran mengandungi sembilan halaman adalah bacaan yang direkod pada 17 Mac 2019 di 23 pusat pemantauan yang mewakili 42 buah sekolah dan pemantauan diteruskan serta data akan diterbitkan dari masa ke semasa. ” – Kenyataan Jabatan Alam Sekitar

” alt=”” aria-hidden=”true” />a” alt=”” aria-hidden=”true” />b

-TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.