Projek Kereta ke 3 perlu sebab Malaysia “tidak tahu apa-apa” mengenai kejuruteraan automatif. – PM

SEPANG, 19 Mac — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah kerajaan untuk melancarkan projek kereta nasional yang ketiga adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

Bernama melaporkan, beliau berpendapat bahawa Malaysia “tidak tahu apa-apa” dan kurang pengetahuan berhubung dengan industri kejuruteraan automotif.

“Orang ramai berpendapat kereta kita adalah teruk. Mereka kata jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta luar. Anda lihat, mereka (rakyat Malaysia) berpendapat mereka sudah tahu segala-galanya termasuk teknologi yang terlibat di sini. Itulah sebabnya mereka tidak mahu kereta ketiga dan berkata ia membazirkan sahaja wang.

“Mereka tidak tahu apa-apa (mengenai) kejuruteraan automotif. Itu sebabnya kami (kerajaan) merancang untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga untuk mempelajari teknologi yang terlibat. Anda lihat bagaimana China maju dalam tempoh yang singkat kerana mereka menerima untuk terlibat dalam perniagaan automotif,”  – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata  demikian selepas melancarkan Festival GT Asia di Sirkit Antarabangsa Sepang kelmarin.

Untuk rekod, Malaysia mempunya dua projek kereta nasional iaitu Proton dan Perodua.

Proton merupakan projek yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ke-4, iaitu perdana menteri yang sama ketika ini dan telah menghasilkan lebih dari 20 model kereta. – TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version