(VIDEO) Nga gantung Noh Omar 3 hari. MP UMNO & PAS keluar dewan protes.

Dewan Rakyat, 19 Mac: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat 3 hari mulai hari ini kerana didapati menghina institusi speaker.

Arahan  itu dikeluarkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming apabila Dewan Rakyat mula bersidang hari ini, lapor FMT. 

Video:

“Maka, berdasarkan kelakuan Tanjung Karang yang tidak senonoh dan jelas sengaja melakukan perbuatan yang menghina majlis menyuarat atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi. Tohmahan yang dilempar, menuduh pengerusi mesyuarat tidak layak  memegang jawatan adalah satu perbuatan yang menghina majlis mesyuarat… Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kuasa yang diberi di bawah  perkara 43 dan 44, saya dengan ini memerintah Tanjung Karang keluar dari Majlis MEsyuarat bagi tempoh selama  3 hari bermula hari ini, esok dan Khamis,” – Nga Kor Ming, Timbalan Speaker.

Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata tindakan Nga tidak adil kerana arahan mesti dibuat ketika Noh berada di dalam dewan.

“Beri peluang untuk dia beri penjelasan dan dengar arahan.

“Jika dia enggan mohon maaf dan enggan tarik balik apa dia cakap, boleh gunakan kuasa timbalan speaker,” – Ismail Mohamed Said

Bagaimanapun tindakan Nga itu mendapat tentangan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS sehinggakan mereka bertindak melakukan protes dengan keluar dari dewan. 

Sementara itu, Noh Omar terkejut dengan keputusan tersebut yang dilakukan ketika beliau tiada di dalam dewan.

“Saya terima berita mengejutkan pagi ini. Saya dimaklumkan keputusan Timbalan Speaker mengantung saya daripada menghadiri sidang Parlimen selama 3 hari tanpa kehadiran saya di dalam Dewan Rakyat. Saya akan ke Dewan Rakyat selepas urusan saya selesai. Tunggu kenyataan rasmi saya nanti.Terima Kasih kepada semua MP daripada BN dan PAS kerana keluar Dewan tanda solidariti semasa Timbalan Speaker mempengerusikan majlis.” – Noh Omar. 

Berikut merupakan video sidang media Noh Omar mempertahankan diri beliau, video kredit DramaOne :

Tidak lama selepas itu, Noh Omar melakukan kejutan apabila kelihatan muncul semula dalam dewan rakyat mempersoalkan keputusan Nga Kor Ming menggantung beliau ketika mana beliau tiada di dalam dewan.

Timbalan speaker ketika itu, Rashid kemudian mengarahkan bentara supaya menghalau Noh Omar dari dalam dewan.

Semalam, Noh mempersoalkan  Nga berhubung kenyataan beliau ini berkenaan isu  “taliban” berhubung kerjasama antara PAS-Umno.

Noh bertanya adakah benar media sosial memutarbelitkan kenyataan Nga dan jika benar, sepatutnya media itu perlu disaman.

“Saya dengar YB, kamu salahkan media. Tapi jawapan standard dari seorang timbalan speaker yang juga seorang peguam. Semalam, saya dengan timbalan menteri KPDNKK pula sokong kenyataan kamu.

“YB mengakulah ada cakap begitu? Itu sahaja kami mahu tahu. Kamu kena berani. Hadapi kenyataan. Luar cakap lain, dalam cakap lain. Ada cakap ke tidak?” – Noh Omar.

Namun Nga tidak menjawab soalan itu, sebaliknya hanya mengatakan beliau “malas” melayan Noh.

Noh kemudian terus mengasak dan bertanya lagi adakah betul Nga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Cakaplah, apa takut. Beranilah sikit. Tidak layak jadi timbalan speaker jika begini. Memalukan dewan seperti ini. Memalukan jubah. Jawab sajalah jika betul. Ulang balik kenyataan, memalukan betul,” – Noh Omar.

Nga kemudian bertindak menutup mikrofon namun enggan mengaku kalah dan terus menyalahkan Noh.

Seterusnya berlaku pergaduhan mulut di dewan rakyat selama hampir 5 minit. Nga yang juga pengerusi DAP Perak dan Noh bertikam lidah berhubung isu tersebut sebelum Nga bertindak mematikan mikrofon di meja Noh.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.