Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
Jufazli bebas.

Kuala Lumpur, 21 Mac: Aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad yang ditahan pada 16 Mac lepas baru sahaja dibebaskan sebentar tadi pada jam 5.30pm,  memakai pakaian jubah biru tua yang sama ketika beliau ditahan.

Peguam beliau, Syed Amirul memberitahu demikian kepada Buletin TTKM

“Jufazli sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 5.30pm”  – Syed Amirul .

Terdahulu, pihak polis mendapat lanjutan tahanan reman sehari setelah perintah tahanan reman 5 hari  tamat kelmarin.

Jufazli disiasat mengikut seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia serta seksyen 505 kanun keseksaan.

Mengulas tentang keadaan anak guamnya, Syed Amirul berkata beliau dalam kadaan baik dan tiada sebarang bentuk keganasan yang berlaku terhadapnya.

“Pihak polis juga memberikan kerjasama yang baik kepada kami” – Syed Amirul Syed Edros.

Penahanan pertama Jufazli pada 16 mac yang lalu adalah berdasarkan penghinaan terhadap perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang dibuat oleh Jufazli dalam satu video secara langsung yang dinaikkan di laman facebooknya.

Video tersebut boleh ditonton di sini :

Manakala penahanan kedua adalah berdasarkan video  cercaan Jufazli terhadap pihak polis yang  disiarkan secara langsung juga difacebooknya pada jam 3 pagi 16 Mac lalu.

Video tersebut boleh ditonton di sini: 

Dalam video tersebut, Jufazli mendakwa penahanan beliau itu adalah kerana Dr Mahathir takut dengan beliau. 

Walau bagaimanapun, siaran langsung video tersebut terhenti sebaik sahaja pihak polis bertindak untuk menahan  beliau setelah hampir satu jam tertangguh oleh kerana Jufazli enggan memberikan kerjasama dengan memberikan alasan tiada waran tangkap.

Sementara itu, DAP Sabah menafikan bahawa Jufazli Shi Ahmad merupakan ahli DAP, lapor Borneo Post. Menurut setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, Jufazli sebelum ini memang ada memohon untuk menjadi ahli pada 2017, tetapi permohonan beliau tidak pernah diluluskan.

FMT melaporkan pada 2017 bahawa permohonan Jufazli untuk menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup diserahkan kepada Lim Kit Siang.

Pada  9 November 2016, Jufazli pernah ditahan selama seminggu dan disiasat kerana memfitnah, menghasut dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penahanan beliau ketika itu turut dikritik oleh Syed Saddiq

Walaubagaimanapun, penahanan Jufazli pada 16 Mac lepas tidak mendapat pembelaan dari Syed Saddiq yang kini sudah menjadi menteri.

Pada PRU ke 14 lepas, Jufazli Shi Ahmad bertanding sebagai calon Bebas untuk Dun Tanjut Papat tetapi tewas, malah kehilangan deposit kerana cuma mendapat 533 undi.

fazli royan.JPG

Beliau popular di akaun facebooknya dengan melalui vlog  yang kerap mengkritik dan menghina pemimpin politik negara. -Buletin TTKM –

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: