Jufazli direman sehari, esok dijangka dibebaskan – Peguam.

Kuala Lumpur, 21 Mac: Aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad yang ditahan semula selepas dibebaskan semalam (tahanan reman 5 hari tamat), dijangka akan dibebaskan esok setelah polis memperoleh tahanan reman tambahan selama sehari.

Peguam beliau, Syed Amirul Syed Edros dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata pegawai polis memohon tahanan reman untuk empat hari, tetapi majistret hanya membenarkan beliau direman sehari selepas mendengar hujah dari pihaknya.

“Permohonan diminta pegawai polis adalah selama empat hari, namun selepas kami berhujah hampir setengah jam, reman diperoleh hanya satu hari” – Syed Amirul Syed Edros.

Beliau menjangkakan Jufazli akan dibebaskan sekitar tengah hari esok selepas 24 jam beliau ditahan semula semalam.

Tambah beliau lagi, Jufazli disiasat mengikut seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia serta seksyen 505 kanun keseksaan.

Mengulas tentang keadaan anak guamnya, Syed Amirul berkata beliau dalam kadaan baik dan tiada sebarang bentuk keganasan yang berlaku terhadapnya.

“Pihak polis juga memberikan kerjasama yang baik kepada kami” – Syed Amirul Syed Edros.

Penahanan pertama pada 16 mac yang lalu adalah berdasarkan penghinaan terhadap perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang dibuat oleh Jufazli dalam satu video secara langsung yang dinaikkan di laman facebooknya.

Video tersebut boleh ditonton di sini :

Manakala penahanan kedua adalah berdasarkan video  cercaan Jufazli terhadap pihak polis yang  disiarkan secara langsung juga difacebooknya pada jam 3 pagi 16 Mac lalu.

Video tersebut boleh ditonton di sini: 

-Buletin TTKM –

 

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.