Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
MP Umno cium tangan PM minta maaf

Parlimen, 21 Mac: Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said memohon maaf kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir setelah mengusik beliau dengan pantun  mengenai senario beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

Menerusi pantun pembukaannya sebelum mengajukan soalan pertama pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Ismail membangkitkan kebimbangan DAP mengenai isu berkenaan, lapor MStar.

“Parti Perdana Menteri parti Bersatu,

dah ramai wakil rakyat BN melompat Bersatu,

niat PM nak kuatkan Bersatu,

harap DAP jangan marahkan Bersatu.

“Soalan saya nombor satu.

Mohon jawapan kepada soalan nombor satu,” – Datuk Seri Ismail Mohamed Said

Pantuan sindiran Ismail itu kemudian menerima sorakan wakil rakyat pembangkang.

Bagaimanapun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu menjawab pantun  Ismail itu dengan sindiran merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS.

“Terima kasihlah kerana sokongan kepada parti Bersatu. Tapi ada orang yang tiru nak bersatu dengan musuh mereka, yang ‘mengkafirkan’ mereka.

“Mereka sekarang ini bekerjasama, jadi tak taulah sama ada kafir ataupun tidak,” – Tun Dr Mahathir

Selepas itu, ketika Dr Mahathir baru mula hendak mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Ismail secara tiba-tiba muncul meminta maaf dengan mencium tangan Tun Dr Mahathir.

“Terima kasih atas jawapan tadi, minta maaf gurau pantun-pantun sikit tadi,” – Datuk Seri Ismail Mohamed Said

Tun Dr Mahathir kemudian tertawa kecil sambil berkata:

“Tak ada apa. Heh!Heh! Heh! Biasa sahaja” – Tun  Dr Mahathir

Video kredit The Star :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: