Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
‘Pawagam diharamkan, tapi kenapa HIV tinggi di Kelantan?’ – Adun DAP

Adun DAP Keranji, Chong Zhemin  mengkritik  keputusan kerajaan PAS Kelantan yang  berterusan enggan membuka panggung wayang di seluruh negeri itu.

Tambah beliau,  alasan mengelakkan masalah sosial yang diberikan adalah tidak logik dan tidak berasas sama sekali, lapor Malaysiakini. 

“Tiada bukti kukuh bahawa pembukaan panggung wayang akan menyebabkan peningkatan masalah sosial kerana panggung wayang dibenarkan di seluruh Malaysia, kecuali Kelantan.

“Kerajaan PAS juga harus jelaskan kenapa Kelantan catatkan kes HIV antara paling tinggi ketika panggung wayang diharamkan di negerinya?” – Chong Zhemin

Satu-satunya panggung wayang di Jalan Pos Office Lama, Kota Bharu ditutup pada 1990 selepas PAS mengambil alih kerajaan dari BN.

Dalam sidang DUN minggu ini, seorang Adun BN mencadangkan ia dibuka kembali dengan menggunakan konsep patuh syariah, tetapi tetap ditolak oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkongsi kenyataan Facebook Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang merupakan pensyarah dan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia berhubung statistik kes HIV di Malaysia bagi tahun 2017.

Berdasarkan data yang dikongsikan Dr Rafidah itu, negeri yang mencatatkan  kes HIV  tertinggi bukanlah negeri Kelantan tetapi adalah negeri Selangor dengan jumlah kes  sebanyak 15.7 peratus, diikuti Johor 15.6 peratus. Manakala Kelantan pula berada di tempat ketiga dengan 10.3 peratus.

“Laporan mereka yang menghidapi HIV mengikut negeri pada tahun 2017 

Selangor 15.7%
Johor 15.6%
Kelantan 10.3%
Pahang 9.6%
Wilayah Persekutuan 8.7%
Trengganu 8.4%
Negeri Sembilan 6.3%
Kedah 6.1%
Perak 6.1%
Pulau Pinang 3.9%
Melaka 3.3%
Sabah 2.4%
Sarawak 2.3%
Perlis 1.2%
Labuan 0.1%” 

-Dr Rafidah Hanim Mokhtar

 

– Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: