Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
YB DAP, apa kaitan panggung wayang dengan HIV?

Oleh : Khairul Azri

YB DAP tanya kenapa tak ada wayang, tapi negeri Kelantan tertinggi HIV?

Punya pening dok fikir jadi apa kaitan kewujudan panggung wayang dengan kes HIV?

Kalaulah dengan wujudnya panggung wayang maka kes HIV dapat dikurangkan ke?

Kalau itu maksudnya..

Maka apalah kiranya kalau kerajaan buat panggung wayang banyak-banyak sikit di seluruh negara.

Apapun untuk mengatakan bahawa Kelantan merupakan negara tertinggi HIV di Malaysia adalah sesuatu yang tidak tepat.

Sebabnya kalau kita lihat data rasmi pula, kita akan dapati bahawa, Jumlah pesakit HIV (2017) di:

Selangor – 968
Johor – 347
Kelantan – 136
WP KL & Putrajaya – 464 [1]

Dan kalau kita rujuk-silang pula dengan jumlah panggung wayang di negeri-negeri di atas, kita akan dapati:

Selangor – 36
Johor – 23
Kelantan – 0
WP KL & Putrajaya – 28 +2 [2]

Maka kalau nak jadi ‘bijak’ macam YB dari DAP yang mengaitkan keputusan tidak mewujudkan panggung wayang di Kelantan dengan kes HIV yang paling tinggi di Malaysia kononnya di Kelantan [3], bolehlah guna mantik lagi tinggi jumlah panggung wayang di sesebuah negeri, maka lagi tinggi lah jumlah pesakit HIV di negeri tersebut. 😅

Tapi tak payah lah kita buat macamtu ye dak?
.

Ironinya, dalam YB DAP ni dok acah-acah progresif menyindir pasal panggung wayang..

Satu benda yang kena tanam dalam kepala otak kita semua, kalau setakat tak ada ‘panggung wayang’ di Kelantan, apalah sangat kesannya kepada ekonomi Kelantan kalau nak dibandingkan dengan keputusan untuk melambatkan ataupun membatalkan ECRL yang mana adalah beribu kali ganda kesannya kepada ekonomi Kelantan itu sendiri!

Sekian.
p/s: YB pernah dengar Netflix tak?

Rujukan:
[1] STATISTIK HIV DAN AIDS MENGIKUT NEGERI BAGI 2015-2017
https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/index.php…
[2]List of cinemas in Malaysia
https://en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_cinemas_in_Malaysia
[3]’Tak ada panggung wayang, tapi HIV tinggi di Kelantan
https://m.malaysiakini.com/news/468952
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2353909941320120&id=1701366046574516

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: