Guan Eng serah RM 100k kepada 3 sekolah vernakular Cina.

KUALA LUMPUR 22 Mac : Menteri kewangan, Lim Guan Eng umum peruntukan berjumlah RM100k kepada tiga buah sekolah vernakular Cina ketika Majlis ulangtahun sekolah tersebut di Kuala Lumpur semalam, lapor Malaysiakini.

Penerima peruntukan itu adalah SJK (C) Chong Hwa di Setapak, SMJK Chong Hwa di Gombak dan Sekolah Tinggi Persendirian Cina Chong Hwa di Jalan Ipoh. Ketiga-tiga sekolah tersebut berasal dari satu institusi yang sama.

Lim Guan Eng berkata demikian di Majlis perayaan gilang gemilang yang diadakan di Stadium Merdeka.

” Sebagai memperingati ulang tahun ke 100 Chong Hwa, saya umumkan (bantuan) RM100k kepada tiga sekolah Chong Hwa.. Sebelum itu, saya telah berkata, bila kita berjanji, kami tunaikan dan kami serah kan wang tersebut”. – Lim Guan Eng.

Beliau kemudian mengeluarkan cek dari poketnya dan menunjukkannya kepada hadirin seramai 20 000 orang yang memberikan tepukan gemuruh.

Apabila ditanya wartawan, Guan Eng berkata peruntukan RM100k itu di berikan oleh beliau, Dan bukan ya Kementerian Pendidikan.

“Kami menteri Dan ahli parlimen masing-masing mempunyai peruntukan…menteri kami ada diperuntukkan” – Guan Eng.

Pada PRU yang lepas, lebih kurang 80% pengundi cina memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan yang turut diangotai oleh DAP di mana Lim Guan Eng merupakan setiausaha agung parti tersebut – Buletin TTKM-

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.