Jufazli rancang saman sivil kerajaan RM2 juta, minta derma kos guaman RM50k.

Kuala Lumpur, 22 Mac: Aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad merancang untuk  “mengeluarkan saman sivil sebanyak RM 2 Juta kepada pihak kerajaan,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri” kerana mendakwa  “hak asasinya melantik Peguam dalam penahanan dinafikan.” 

Oleh itu, beliau memohon sumbangan dari orang ramai bagi “menampung kos guaman  sebanyak RM 50 Ribu ke akaun peribadinya bagi menjayakan saman sivil tersebut.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bertajuk ” SAYA BEBAS & SAYA MENANG MELAWAN MAHATHIR MOHAMAD” yang dimuat naik di akaun facebooknya malam tadi selepas dibebaskan dari tahanan reman.

Jufazli turut berterima kasih kepada perdana menteri di atas penahanan beliau kerana menurutnya penahanan yang beliau sifatkan sebagai “tangkapan politik” menjadikannya lebih popular.

“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir Mohamad kerana menangkap saya secara politik sehingga saya semakin popular dan dikenali di seluruh negara.” – Jufazli Shi Ahmad

Beliau mengakhiri kenyataan dengan mengisytihar kemenangan melawan perdana menteri, Dr Mahathir dengan tagline beliau “CHECKMATE HABIS!

“Saya menang melawan Mahathir Mohamad dan saya bebas sebagai rakyat.TATAP TERUS HIDUP SUARA RAKYAT WALAUPUN KITA DIPENJARA & DIBUNUH.CHECKMATE HABIS!”  – Jufazli Shi Ahmad

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

-Buletin TTKM-

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.