Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI
Rempuhan Jet: Vincent Tan sahkan  jet tersebut miliknya, salahkan pihak berkuasa lapangan terbang Subang

Kuala Lumpur, 22 Mac : Taikun Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan semalam mengesahkan jet milik syarikatnya terlibat dalam insiden rempuhan dengan kenderaan baik pulih  Malaysia Airports Holding Berhad , MAHB, lapor The Malay Mail. 

Rempuhan itu menyebabkan kakitangan MAHB, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39 meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Walau bagaimanapun, Vincent Tan menyalahkan insiden tersebut kepada pihak  berkuasa lapangan terbang Subang  kerana tidak memberikan amaran bersesuaian kepada pesawat bahawa kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan di landasan.

“Tiada amaran diberikan dan dalam pandangan saya, pihak berkuasa penerbangan adalah cuai” 

“Apa yang saya dimaklumkan,  Berjaya Air dan juruterbangnya adalah tidak salah sama sekali dalam perkara ini. Juruterbang mengikuti semua prosedur penerbangan dan pendaratan yang betul. Mereka memperoleh ‘clearance’ berpatutan dari menara Subang sebelum mereka mendaratkan pesawat. 

 “Malah, sekiranya obstruksi di landasan bukan kenderaan baik pulih kecil tetapi trak atau kenderaan berat ia mungkin akan menyebabkan bencana besar. Seluruh pesawat, krew dan penumpang mungkin akan lenyap dalam kemalangan”  – Tan Sri Vincent Tan 

Tan juga mengumumkan akan memberikan derma peribadi kepada waris Mohd Ruzaimi sebanyak RM50 000.

Dalam kenyataan berasingan, Berjaya Air  mengatakan penerbangan yang terlibat telah mengikuti pelan penerbangan yang diluluskan sebelum pendaratan dibuat.

“Tiada NOTAM (Notis kepada Airmen) dikeluarkan untuk menasihatkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan (masih berlangsung) sedang dijalankan di landasan di Lapangan Terbang Subang.

“Kebenaran mendarat diminta oleh juruterbang dan Menara di Lapangan Terbang Subang memberi kelulusan untuk mendarat. Tidak ada suar atau lampu amaran supaya kru waspada dengan kehadiran pekerja penyelenggaraan atau halangan lain di landasan,” 

Dalam kejadian pada Isnin lepas, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, sedang memandu kenderaan kejuruteraan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ketika terlibat dalam rempuhan di atas landasan dengan pesawat persendirian sekitar jam 3.20 pagi.

Mohd Ruzaimi meninggal dunia akibat kecederaan pada malam Selasa lalu, meninggalkan seorang balu, dan empat orang cahaya mata berumur antara satu ke 13 tahun.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini berkata siasatan ke atas insiden itu dijangka disiapkan dalam masa 30 hari. – Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: