(VIDEO) Kecoh! Penyokong Najib bergelut dengan pelajar UM.

Kuala Lumpur, 22 Mac: Program bekas perdana menteri Najib Razak hari ini kecoh apabila berlaku insiden pergelutan antara penyokongnya dan pelajar Universiti Malaya (UM).

Menurut Malaysiakini, kejadian itu berlaku ketika Najib sedang berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan UM.

Insiden itu bermula sejurus sekumpulan enam hingga lapan pelajar berkumpul di seberang jalan bertentangan Restoran Amjal dan menjeritkan slogan “penipu” dan “mana RM2.6 bilion” sambil memegang plakad yang antara lain berupa gambar badut yang menyerupai Najib yang dipopularkan oleh Fahmi Reza.

Penyokong Najib kemudian menghampiri mereka supaya menghentikan demonstrasi manakala ahli majis tertinggi Umno, Lokman Adam bertindak mengoyakkan gambar badut tersebut. 

Dalam klip video yang dinaikkan oleh Lokman di akaun facebooknya, dapat dilihat salah seorang pelajar  dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain.

Seorang pelajar kemudian berkata berhimpun adalah merupakan hak mereka.

“Ini hak kita untuk berhimpun!” – jerit seorang pelajar.

Sementara itu, pada satu klip video yang lain, Lokman mempertahankan tindakan beliau mengoyakkan plakad gambar badut menyerupai Najib itu.

“Dia boleh berhimpun tiada masalah. Kenapa dia nak kena burukkan gambar Najib? Letaklah gambar Lim Guan Eng ke, Mahathir ke, letak gambar Anwar tak ada telur ke, kita tak peduli, tapi bila dia guna gambar Datuk Seri Najib, itu gambar boss kita. Hak kitalah kita nak ambil gambar tu” – Lokman Adam

.Menurut Malaysiakini,  pelajar yang dicekik dari belakang itu merupakan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke. – Buletin TTKM – 

video 1 : https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/2342541175790128/

video 2 : https://www.facebook.com/100010431123555/videos/788821358142228/

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.