Jufazli ‘upgrade’ tuntutan saman sivil terhadap Tun & PDRM: dari RM2 juta, kini RM100 juta.

Kuala Lumpur, 24 Mac : Aktivis politik, Jufazli kini telah menaikkan tuntutan saman sivil beliau terhadap Tun Dr Mahathir dan Polis Di Raja Malaysia, dari RM2 juta sebelum ini kepada RM 100 juta.

Dalam satu kenyataan yang dinaikkan di akaun facebooknya, Jufazli berkata tindakan menyaman RM100 terhadap Perdana Menteri dan PDRM adalah kerana ‘otak beliau dibasuh’ dalam penahanan yang beliau sifatkan sebagai ‘penculikan politik ‘. ‘

“Modus operandi diktator baru Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Malaysia Baru adalah satu perkara yang amat menjijikkan dan satu tindakan yang terkutuk.
Daripada 16 March 2019 sehingga 21 March 2019,


Kerajaan Mahathir, Unit CID & Unit Special Branch (SB) PDRM Bukit Aman “membasuh otak” saya dalam proses “Penculikan Politik” ini tanpa kehadiran Peguam-Peguam saya.” –
Jufazli Shi Ahmad. 

Oleh itu, Jufazli memohon orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada beliau untuk menampung kos guaman berjumlah RM50k untuk kes tersebut:

“Rakyat Malaysia yang mahu melihat kemenangan saya melawan Mahathir Mohamad & PDRM boleh memberi sumbangan kewangan bagi menampung kos guaman sebanyak RM 50 Ribu untuk kes ini” Jufazli Shi Ahmad. 

Pada 16 Mac lepas, Jufazli menyiarkan secara langsung ‘drama’ penahanan beliau melalui akan facebooknya. Dalam video tersebut, beliau mendakwa penahanan beliau itu adalah kerana Dr Mahathir takut dengan beliau. 

Walau bagaimanapun, video tersebut terhenti sebaik sahaja pihak polis bertindak untuk menahan  beliau setelah hampir satu jam tertangguh oleh kerana Jufazli enggan memberikan kerjasama dengan memberikan alasan tiada waran tangkap.

Sementara itu, DAP Sabah menafikan bahawa Jufazli Shi Ahmad merupakan ahli DAP, lapor Borneo Post. Menurut setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, Jufazli sebelum ini memang ada memohon untuk menjadi ahli pada 2017, tetapi permohonan beliau tidak pernah diluluskan.

FMT melaporkan pada 2017 bahawa permohonan Jufazli untuk menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup diserahkan kepada Lim Kit Siang.

Pada  9 November 2016, Jufazli pernah ditahan selama seminggu dan disiasat kerana memfitnah, menghasut dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penahanan beliau ketika itu turut dikritik oleh Syed Saddiq

Walaubagaimanapun, penahanan Jufazli baru-baru ini tidak mendapat pembelaan dari Syed Saddiq yang kini telah menjadi menteri.

Pada PRU ke 14 lepas, Jufazli Shi Ahmad bertanding sebagai calon Bebas untuk Dun Tanjut Papat tetapi tewas, malah kehilangan deposit kerana cuma mendapat 533 undi.

fazli royan.JPG

Beliau popular di akaun facebooknya dengan melalui vlog  yang kerap mengkritik dan menghina pemimpin politik negara. – TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.