Politik tanah air : “Saya patah hati.. ini penggal terakhir..” – Nurul Izzah.

KUALA LUMPUR, Mac 24 — Ahli parlimen Permatang Pauh, j Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Akhbar Singapura, Straits Times memetik beliau meluahkan kekecewaaannya terhadap pemerintahan Pakatan Harapan yang “sangat perlahan” terhadap reformasi dan polisi.

“Saya katakan ini penggal terakhir saya. Itu rancangan saya sekarang” – Nurul Izzah.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan bakal perdana menteri ke-8 , juga Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata:
“Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati.”– Nurul Izzah.

Selain itu, bekas naib presiden PKR itu turut mengakui cabaran bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.

“Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah,” – Nurul Izzah.

Dua hari lalu, Nurul Izzah dilapor meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Perkembangan itu berlaku selepas Dr Mahathir mengarahkan agar Ronald Kiandee terus memegang jawatan pengerusi PAC, meskipun bekas ahli parlimen BN itu sudah menyertai PH.

Tun Mahathir sebelum ini pula berkata manifesto PH bukanlah “kitab suci”, sebaliknya ia hanya panduan.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

Disember tahun lalu, Nurul Izzah membuat keputusan yang mengejutkan apabila meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah juga sudah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan menumpukan untuk menjadi ahli parlimen.

Pada 2017, Sebelum PRU-ke 14, Nurul Izzah dilaporkan pula sebagai berkata “lupakan kisah silam, jangan benci Dr Mahathir.” 

IMG_20180328_193324_563.jpg

 

-Buletin TTKM-

 

 

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.