Posting “Perasmian Tugu Wira Jepun” ‘hilang’ dari FB Muzium Kedah.

Media sosial, 25 Mac:  Posting mengenai “Perasmian Tugu Wira Jepun” didapati hilang dari laman facebook Lembaga Muzium Negeri Kedah pagi tadi telah setelah mendapat kritikan teruk dari netizen, dipercayai dipadam admin laman FB terbabit.

Pautan asal : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriKedah/posts/1281968085303550

WhatsApp Image 2019-03-25 at 10.07.53 AM.jpeg
Posting yang dipadam.

Posting yang mendapat lebih 4000 perkongsian dan lebih 3000 komen itu mula menjadi tular apabila ia dikongsikan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Pada pendapat saya, langkah kerajaan PH Kedah untuk merasmikan “Tugu Wira Jepun” minggu lepas serta memberi gelaran “wira” atau “hero” kepada askar-askar Jepun yang menyerang dan menjajah Tanah Melayu pada masa itu adalah tidak wajar.” – Najib Razak.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris  mengarahkan penurunan papan tanda di tugu tersebut dengan mengatakan berlaku kesilapan, lapor Malaysiakini.

Papan tanda diturunkan, gAmbar Malaysiakinini.

“Saya mengarahkan dan saya sendiri yang buang (papan tanda) untuk memperbetulkan perkara itu secepat mungkin supaya tidak menjadi isu,”  – Mohd Asmirul Anuar Aris 

Asmirul berkata perkataan “wira” di papan tanda itu akan ditukar kepada “askar”.

Katanya lagi, mesej antiperang juga akan diletakkan di tugu yang terletak di Alor Setar itu.

“Ia akan menjadi pengajaran kepada generasi muda bahawa kita tidak mahu perang serta sentimen perkauman yang membawa kepada peperangan,” – Mohd Asmirul Anuar Aris

Menurut papan tanda tiga bahasa bersebelahan dengan tapak tersebut, tugu peringatan itu dinaikkan untuk mengenang tindakan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.

Ketiga-tiga mereka terkorban ketika cuba untuk mendapatkan apa yang dikenali pada 13 Disember 1941 sebagai jambatan Alor Setar ketika peringkat awal penaklukan kuasa penjajah Jepun di Tanah Melayu dan Borneo. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.