“Saya minum minyak sawit sesudu sehari, rasa lebih muda.” – Teresa Kok.

Kuala Lumpur, 25 Mac: Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata sejak mengetahui khasiat ekstrak minyak sawit merah, dan meminumnya sehari sesudu, beliau berasa lebih muda.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan maksud kenyataan Perdana Menteri semalam yang berharap rakyat Malaysia supaya meminum sesudu minyak sawit sehari, lapor Sinar Harian.
Tambah Teresa, PM menyeru rakyat Malaysia supaya menjadi duta kepada produk minyak sawit negara terutamanya minyak sawit dara yang sangat kaya dengan vitamin E.

“Sebenarnya kita ada minyak sawit dara atau minyak sawit merah yang sangat bagus untuk menambah baik penglihatan kita. Memang ada penyelidikan dibuat oleh pakar nutrisi di China berkenaan minyak sawit merah yang dapat membantu meningkatkan lagi penglihatan terutamanya kanak-kanak. Jadi apabila Perdana Menteri kata kena minum satu sudu setiap hari merujuk kepada minyak sawit merah atau dara”- Teresa Kok.

Semalam, Tun Dr Mahathir Perdana Menteri, berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu satu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen “Sayangi Sawitku”.
Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1.4 billion yang tidak dinamakan, jika mereka guna kelapa sawit satu camca setiap hari, negara Malaysia akan menikmati kekayaan.

“Kita harap, semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari. Ada sebuah negara yang saya tak payah namakan, negara ini mempunyai penduduk seramai 1.4 billion. Kalau mereka boleh dipujuk guna kelapa sawit satu camca satu hari, kita akan terus menjadi kaya. Inilah harapan kita.” – Tun Dr Mahathir.

Video ucapanya itu tular di media sosial dan menjadi bahan jenaka netizen.
Minggu lalu, Teresa Kok mendedahkan bahawa beliau sebelum ini tidak tahu mengenai kebaikan minyak kelapa sawit, dan hanya belajar mengenainya semenjak menjadi menteri.

“Selepas saya jadi menteri industri utama, saya baru belajar tentang kebaikan, khasiat minyak sawit kita dan saya juga belajar nak melawan balik kempen anti sawit Eropah. Bila saya dengar banyak taklimat pada tahap permulaan jawatan saya, saya tanya saya sendiri: kenapa saya tidak tahu semua cerita ini?” – Teresa Kok.

Beliau berkata demikian dalam satu program “Soal Rakyat” yang disiarkan di stesen televisyen TV3 di mana beliau turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan kempen Sayangi Sawitku, anjuran kementeriannya.
Selain itu, Teresa Kok juga mengakui tidak tahu bahawa minyak sawit sangat sesuai digunakan untuk menggoreng atas sifatnya yang dapat menahan suhu yang tinggi kerana tiada sesiapa memberitahunya hal tersebut.

Saya sendiri pun tidak tahu yang minyak sawit itu begitu baik khususnya kalau kita nak goreng, goreng ayam, goreng apa, mesti pakai minyak sawit kerana ia boleh tahan tahap kesuhuan yang tinggi. Jadi maklumat ini tak ada orang beritahu saya. ” – Teresa Kok.

Beliau juga mendedahkan bahawa sebelum ini beliau pernah menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng ikan.

“Saya rasa lucu juga, saya pernah menggunakan olive oil untuk goreng ikan tau, dan olive oil tak boleh guna untuk goreng, hanya boleh makan secara mentah. Tengok, itu ini pengetahuan saya pun tak tau!” – Teresa Kok.


Sebelum ini, Menteri Industri Utama itu berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia dihentikan, dan mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.

“Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh” – Teresa Kok

-Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM.
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.