Tun minta penjawat awam ikat perut, tapi MP kerajaan bagaimana?

KUALA LUMPUR. 25 Mac: Perdana Menteri berharap penjawat awam boleh bersabar dalam menghadapi kesusahan dan bersedia untuk ‘mengikat perut’ supaya negara dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.

“Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.

“Amatlah penting, penjawat awam faham sejarah kita dan apa yang sedang dilakukan oleh pemerintah yang baharu ini, supaya mereka dapat menghulurkan kerjasama yang erat demi kepentingan negara (dan) supaya negara kita ini akan berada sekali lagi ke arah negara maju pada 2025,” – Tun Dr Mahathir Mohamad,

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri, di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Isnin, lapor Astro Awani.

Sementara itu, pada 4 Mac lepas, TTKM menerbitkan artikel mendedahkan pendapatan bulanan ahli parlimen kerajaan.

TTKM mendapati pendapatan bulanan paling tinggi  dijuarai oleh anak perdana menteri, merangkap menteri besar Kedah, YB Dato’ Seri Muhkriz Mahathir yang juga timbalan presiden PPBM dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 105 641.76. 

Naib juara pula jatuh kepada timbalan speaker dewan rakyat, YB Nga Kor Ming yang juga pengerusi DAP Perak dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 101 160.00.

Manakala tempat ketiga pula disandang menteri besar Perak, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu merangkap Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Perak  dengan pendapatan bulanan berjumlah  RM 91 150.00

Tempat keempat pula jatuh kepada menteri kewangan, YB Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 86 736.48.

Berikut merupakan senarai 10 teratas pendapatan bulanan ahli parlimen kerajaan paling tinggi

Manakala pada 5 mac pula kami mendedahkan aset ahli parlimen kerajaan paling tinggi.

Juaranya jatuh kepada YB DATO’ SRI DR. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU, ahli parlimen Segamat dari PKR. Jumlah aset yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak RM 132 juta. (RM 132,115,000.00.)

Poster kempen PRU 14 Dr Santhara. Kredit Pakatan Harapan. 

Manakala naib juara pula tidak lain tidak bukan adalah YB DATO’ NGEH KOO HAM, ahli parlimen DAP Beruas juga sepupu kepada Nga Kor Ming  dengan aset bernilai RM 77 juta. (RM 77,011,990.00)

“Saya masih gunting rambut RM6 di kedai India di bawah pejabat saya dan jika ada masa, saya pergi salon dengan bayaran RM15,” – Ngeh Koo Ham.

Tempat ketiga pula jatuh kepada perdana menteri Malaysia yang ke 4 dan ke 7, YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, ahli parlimen PPBM Langkawi dengan aset bernilai RM 32 juta. (RM 32,357,900.00). 

“Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.” – Tun Dr Mahathir

Sementara itu, tempat keempat pula sudah tentulah anak kepada perdana menteri, YB DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR, ahli parlimen PPBM Jerlun dengan aset bernilai RM 25 juta (RM 25,170,426.47).

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.” – Mukhriz.

Aset untuk keempat-empat ahli parlimen PH ini sahaja  jika dijumlahkan adalah bersamaan dengan RM 266 juta, melebihi dari jumlah  kutipan tabung Harapan (yang dikutip dari rakyat) berjumlah RM200 juta.

Berikut merupakan senarai 10 ahli parlimen kerajaan yang mempunyai aset terbanyak :

-Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version