Kereta terbang: dari “prototaip”, kini “model”, laman FB MED sunting hantaran.

Langkawi, 27 Mac : Laman facebook Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sebentar tadi telah menyunting hantaran mengenai kereta terbang tempatan, Vector yang dipersembahkan kepada umum di LIMA 2019 semalam.

Hantaran tersebut yang sebelum ini merujuk kepada kereta terbang bersaiz lebih kurang 1 kaki itu sebagai ‘prototype air mobility’, kini telah disunting  kepada ‘model air mobility’ setelah dikritik netizen.

 

edit.JPG

Edit history.

 

ptototaip.jpeg

Prototaip kebiasaannya merujuk kepada model pada saiz sebenar manakala model kereta terbang,  Vector yang dipersembahkan pada LIMA 2019 itu adalah model skala kecil.

Terdahulu, Buletin TTKM melaporkan prototaip kereta terbang yang rekabentuk dan kejuruteraannya  diusahakan oleh syarikat tempatan telah julung kalinya dipersembahkan kepada orang awam di Lima 2019 semalam.

Dalam satu gambar yang dinaikkan di laman facebook kementerian pembangunan usahawan, prototaip kereta terbang yang diberi nama “Vector” itu bukanlah pada bersaiz sebenar, sebaliknya cuma bersaiz lebih kurang satu kaki.

 

madey.jpg
PM kelihatan tergamam.

Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut meninjau prototaip kereta terbang tersebut sambil ditemani oleh menteri pembangunan usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof kelihatan tergamam.

YAB Tun Mahathir Mohamad pada hari ini 26 Mac 2019 telah meninjau ‘prototype air mobility’ di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ketika LIMA2019, Langkawi Kedah.

Air mobility tersebut yang dikenali sebagai ‘Vector’ dibangunkan secara design & engineering oleh Aerodyne Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang berasaskan dron. Vector akan menjadi penanda aras bagi pembangunan ‘aerocar’. – FB Kementerian Pembangunan Usahawan.

dua figura.jpg
Dua figura di kokpit.
Gambar Utusan

Terdapat dua figura lelaki kecil duduk dibahagian kokpit persis alat mainan kanak-kanak pada prototaip tersebut, manakala terdapat empat kipas seperti tujahan udara dron di kesemua sisinya.

Rekabentuk kipas itu pula saling tidak tumpah seperti kipas kanak-kanak yang dijual di Lazada.

kipas.JPG
Kipas kecil dijual di Lazada.

Sementara itu, tiada penutup pada bahagian kokpit untuk melindungi alatan elektronik dan penumpang, di mana sekiranya berlaku hujan, kemungkinan besar juruterbang serta penumpangnya akan lencun.

Sebelum ini Redzuan dilaporkan sebagai berkata kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Katanya, prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini dan kos untuk membina prototaipnya cuma lebih sedikit daripada RM 1 juta.

“Tahun ini adalah sasaran yang realistik kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan. Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

– Buletin TTKM-

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.