LIMA 2019 : Prototaip kereta terbang tempatan dipersembahkan.

Langkawi, 27 Mac: Prototaip kereta terbang yang rekabentuk dan kejuruteraannya yang diusahakan oleh syarikat tempatan julung kalinya dipersembahkan kepada orang awam di Lima 2019 semalam.

Dalam satu gambar yang dinaikkan di laman facebook kementerian pembangunan usahawan, prototaip kereta terbang yang diberi nama “Vector” itu bukanlah pada bersaiz sebenar, sebaliknya cuma bersaiz lebih kurang satu kaki.

madey.jpg
PM kelihatan tergamam.

Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut meninjau prototaip kereta terbang tersebut sambil ditemani oleh menteri pembangunan usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof kelihatan tergamam.

YAB Tun Mahathir Mohamad pada hari ini 26 Mac 2019 telah meninjau ‘prototype air mobility’ di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) ketika LIMA2019, Langkawi Kedah.

Air mobility tersebut yang dikenali sebagai ‘Vector’ dibangunkan secara design & engineering oleh Aerodyne Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang berasaskan dron. Vector akan menjadi penanda aras bagi pembangunan ‘aerocar’. – FB Kementerian Pembangunan Usahawan.

dua figura.jpg
Dua figura di kokpit.
Gambar Utusan

Terdapat dua figura lelaki kecil duduk dibahagian kokpit persis alat mainan kanak-kanak pada prototaip tersebut, manakala terdapat empat kipas seperti tujahan udara dron di kesemua sisinya.

Rekabentuk kipas itu pula saling tidak tumpah seperti kipas kanak-kanak yang dijual di Lazada.

kipas.JPG
Kipas kecil dijual di Lazada.

Sementara itu, tiada penutup pada bahagian kokpit di mana sekiranya berlaku hujan, kemungkinan besar juruterbang serta penumpangnya akan lencun.

Sebelum ini Redzuan dilaporkan sebagai berkata kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Beliau berkata prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini dan kos untuk membina prototaipnya cuma lebih sedikit daripada RM 1 juta.

“Tahun ini adalah sasaran yang realistik kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan. Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

– Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM.
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.