“Rekabentuk ‘Vector’ bakal jadi penanda aras kereta terbang masa hadapan”- Menteri

Langkawi, 27 Mac: Prototaip kereta terbang buatan tempatan yang diberi nama “Vector”  bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan kereta terbang pada masa hadapan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof  seperti dipetik Utusan Malaysia.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,” – Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas prototaip kereta terbang (prototype air mobility)  dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan. Ia dipersembahkan kepada orang awam sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.

drone

Rekabentuk dan kejuruteraan kereta terbang tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

Untuk rekod, prototaip bagi sesuatu model kebiasannya dibina pada saiz sebenar , manakala kereta terbang “Vector” yang dipersembahkan di Lima 2019 itu tidak lebih hanya model skala kecil.

Sementara itu, netizen sejak pagi tadi masih belum berhenti mempersendakan prototaip kereta terbang tersebut.

Othman Sidek Kalau dah nama kereta terbang ianyanya mestilah boleh berjalan di jalanraya dan boleh juga terbang. Kalau boleh terbang saja tu helikopter namanya

Riezwan Wanz Hahah.. kipas tu biase jumpe org jual kat pasar lambak.. wayer cocok kat power bank.

Izwan Izyan Jalan pasar ade jual prototype tu. Sebijik rm55 je. Siap bole terbangkan kucing lg.. Xyah mahal2 sampai satu juta

Miedy AE Paklong C**** LAA!!!
Dia punya presentation Prototype tu lg teruk drpd final project budak2 Sijil Automotif😂😂😂

Jamil Rozali Mcm ni aku pun boleh buat. Cuma letak mini usb fan kt tepi kereta mainan. Modal tak sampai rm50.

Mohamad Haniff Jgn berputus tun..org yg brjaya takkan brputus asa..sya yakin kereta terbang akan brada dipasaran serta mndapat tmpt di hati rakyat..selepas ini diharapkan kerajaan wujudkan pulak jamban terbang bagi memudahkan pada org yg suka berak,kencing brsepah..

Aimran Shah KAH KAH KAH KAH KAH. Atok dalam hatinya terdetik, “apa aku nak jawab nanti ni kt pembangkang. Apatah lagi rakyat jelata. Natang”

Ishak Supian Entah2 nak bawak kereta ni nanti kena cucuk kat power bank. 🤔🤔

Musut Ozil pergh amazing…beli keta mainan cabut tayar pastu beli org lego dua beli plak portable fan kat lazada…claim RND sejuta lebih…ini bukan stakat sesudu minyak sawit sehari..ini dengan pelepah skali dia kokak

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.