Vector bukan kereta terbang, tapi kenderaan berkonsep drone: kata syarikat.

Langkawi, 27 Mac: Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat hari ni menafikan bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector. Sebaliknya ia direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

Bernama memetik Imtyaz sebagai berkata Vector adalah kenderaan berkonsep drone yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

“Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” – Imtyaz Mohd Azzat

Ditanya bila kenderaan itu dijangka dapat terbang membelah awan, Imtyaz berkata prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini.

Beliau berkata syarikatnya yang berusia empat tahun, dengan pengalaman dalam teknologi drone, juga belum menentukan harga Vector sekiranya kenderaan itu bersedia untuk memasuki pasaran tidak lama lagi.

Mengenai sokongan kerajaan, Imtyaz berkata beliau bersyukur kerana Kementerian Pembangunan Usahawan telah menyokong dan sangat terbuka dengan membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea ini berjaya.

drone2

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat gerai pameran kami,” – Imtyaz Mohd Azzat

Terdahulu, hantaran di kementerian pembangunan usahawan semalam menyatakan model sepanjang satu kaki itu sebagai “prototype air mobility” ditroll hebat netizen sehinggakan laman tersebut menyuntingnya kepada “model air mobility”.

edit

Pada awal Mac lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanyalah untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Tambah beliau,  ketika ini pelbagai syarikat gergasi dunia mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembangunan prototaip itu.

Beliau turut memberi contoh jentera F1 yang tidak dijual, tetapi dipandu sahaja.

“Kita buat bukan untuk dijual (kepada orang awam). Contoh F1 (Formula Satu), orang tak beli, tapi naik sahaja. Setakat ini, saya dihubungi syarikat gergasi dunia bertanyakan mahu melihat pelan asas (blueprint) dan ia satu tarikan pelaburan. Ini juga beri keyakinan dalam pembangunan berskala angkasa (aerospace). Pihak Grab juga ada menyuarakan mahu menggunakan kereta terbang untuk perkhidmatan mereka,”  – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof

Sebelum itu, Redzuan dilaporkan B sebagai berkata Kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Katanya prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini dan kos untuk membina prototaipnya cuma lebih sedikit daripada RM 1 juta.

“Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan. Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” – Datuk Seri Redzuan Md Yusof

Kenyataan beliau itu ditroll hebat di media sosial.  – Buletin TTKM –

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.