K’jaan belanja RM14 juta selenggara Equanimity sejak Ogos 2018

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Putrajaya membelanjakan sebanyak RM14.22 juta untuk menyelenggara kapal mewah Equanimity sejak Ogos lalu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya, beliau menjelaskan :

  • RM11 juta dibelanjakan dari Ogos hingga Disember 2018
  • RM3.22 juta lagi dari Januari hingga Mac 2019.

Kapal tersebut  kini berlabuh di Langkawi menurut laporan FMT. 

Menurut Lim, perbelanjaan termasuk penyelenggaraan, pembaikan, minyak, yuran guaman, insurans dan kos berkaitan proses penjualan kapal tersebut.

Kapal itu kini bawah jagaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Sebuah syarikat pengurus kapal iaitu Wilson Yacht Management Ltd telah dilantik pada Ogos 2018 bagi menyelenggara Equanimity. Pelantikan dibuat berdasarkan pengalaman serta kepakarannya menyelenggara kapal mewah.

“Kapal layar Equanimity kini berada di Langkawi di bawah jagaan dan kawalan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” – Lim Guan Eng

Noh terdahulu bertanyakan kos penyelenggaraan Equanimity dan kenapa ia masih disimpan.

Lim berkata, proses jualan kini dalam fasa kedua memandangkan harga dalam fasa pertama tidak dipersetujui.

Menteri itu berkata prosesnya sekarang ini secara perjanjian peribadi (private treaty) atau jualan terus dan dijangka selesai pada 31 Mac.

Kapal Equanimity yang berdaftar di Kepulauan Cayman itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia yang ketika itu berlabuh di Bali,  pada Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa AS, sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah membabitkangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dilancarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Pada Ogos 2018, Indonesia menyerahkan kapal mewah tersebut  kepada kerajaan Malaysia

Pada Oktober 2018, ia dibuka untuk jualan selepas mahkamah membenarkan bidaan terbuka bagi mendapatkan wang yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB – Buletin TTKM.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.