MED tunjuk bukti 3D animasi Vector mampu terbang.

Langkawi, 28 Mac : Laman Facebook kementerian pembangunan usahawan hari ini menaikkan hantaran berupa 3D animasi berdurasi 45 saat kenderaan mobiliti udara, Vector mampu terbang di udara.

Selain modul penumpang, dalam animasi tersebut turut ditunjukkan modul lain seperti kargo.

Animasi itu juga menunjukkan Vector terbang tinggi di udara dengan berlatar belakang beberapa bandar termasuk Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, rekabentuk Vector dalam 3D model animasi itu agak berbeza dengan model skala yang dipersembahkan kepada umum di LIMA 2019.

Selain bentuknya yang lebih aerodinamik, dalam 3D model juga ditunjukkan bahagian penumpangnya dilindungi dengan penutup pintu kaca.

3D model Vector

Manakala model skala yang ditunjuk kan di LIMA kelmarin kelihatan lebih ‘keras’ dan tiada penutup kaca di bahagian penumpang.

Semalam, netizen mempersendakan rekabentuk Vector. Ada yang mengatakan ia boleh disiapkan dengan membeli beberapa komponen di kedai RM2 malah menyamakan bilahan rotornya dengan kipas KDK.

Video :

 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version