MP Sandakan (DAP) meninggal dunia

Ahli parlimen Sandakan, Stephen Wong, 65, meninggal dunia hari ini di Kota Kinabalu akibat serangan jantung, lapor Malaysiakini.

Wong adalah ahli parlimen penggal kedua dan juga pengerusi DAP Sabah.

Pada pilihan raya umum ke-14, Wong mengalahkan calon BN bagi kerusi Parlimen Sandakan dengan mendapat  19,094 undi.

Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan selepas PRK Rantau. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.