Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

‘Tinggal bawah buluh, pandu kereta buluh!’ : Kata menteri kepada pengkritik ‘kereta terbang’

2 min read

RAKYAT Malaysia yang memperlekehkan konsep ‘kereta terbang’ boleh memilih untuk ‘tinggal di bawah buluh’ dan menaiki ‘kereta buluh’, kata Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, lapor The Star.

“Mereka boleh memilih sama ada mereka mahu ketinggalan.

“Orang ramai boleh mengatakan ini satu bentuk penafian, di mana mereka boleh memilih untuk berada di belakang.

“Okay sahaja untuk tinggal di bawah buluh. (Sekiranya mereka) mahu memandu ‘kereta buluh’, itu pun okay,” – Redzuan.

Redzuan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis (28 Mac) apabila diminta mengulas reaksi netizen yang mempersendakan projek tersebut.

Menurut beliau, sokongan kerajaan terhadap projek ‘kereta terbang’ yang dibiayai oleh swasta itu bertujuan untuk membangunkan modal insan di negara ini.

“Ia lebih kepada memberi pendidikan pengetahuan kepada orang-orang ini. Kami tidak mahu kumpulan ini ketinggalan.

“Sebenarnya, belia-belia Malaysia (di belakang projek ini) sudah jauh di hadapan dan mereka berada di peringkat yang sama seperti mereka yang mencipta dan melakukan penyelidikan (projek ini) di peringkat antarabangsa,” – Redzuan.

Netizen mempersendakan projek ‘kereta terbang’ yang dikenali sebagai Vector, di media sosial dengan beberapa daripada mereka bertanya sama ada model kenderaan yang dipamerkan di Langkawi dibuat daripada kipas KDK yang terkenal atau komponennya dibeli di kedai RM2.

Manakala laman Facebook Tentera Troll membuat versi parodi kereta terbang mereka sendiri yang dinamakan Vootoh.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aerodyne Kamarul Muhamed berkata, prototaip kerja kenderaan mobiliti udara itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Beliau turut berkata, ia akan menelan kos sebanyak RM500,000.

Aerodyne adalah pemain global dalam industri perkhidmatan drone dan menduduki tempat ketujuh di peringkat antarabangsa oleh Drone Industry Insights.

Bermula dengan tiga orang pada 2014, syarikat itu kini menggunakan memiliki 280 pekerja di 24 negara di seluruh dunia. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: