TTKM tunjuk bukti Vootoh mampu terbang

Langkawi, 28 Mac: Laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan  hari ini mendakwa prototaip kereta terbang dan boleh selam mereka mampu untuk terbang di udara.

Dalam satu tangkap layar, kenderaan tersebut yang dinamakan Vootoh kelihatan terbang pada satu animasi 3D berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur.

Selain modul penumpang yang boleh menempatkan seramai 50 orang, Vootoh juga mempunyai modul lain seperti kargo yang boleh menanggung muatan seberat 2.6 bil kg.

kargo mode.jpg
Bahagian atasnya boleh buka seperti PacMan. 

” alt=”” aria-hidden=”true” />

vootoh close up.jpg
close up Vootoh. 

Mengulas lanjut, ketua rekabentuk TTKM yang hanya mahu dikenali sebagai Neo berkata konsep Vootoh sangat fleksibel dan berdaya saing, sekaligus satu persaingan sihat kepada model lain yang dipromosikan kementerian, iaitu Vector.

“Selain boleh menjadi modul penumpang dan kargo, ia juga mampu selam di air sekiranya berlaku turbulance di ruang udara. Malah, ia juga boleh melepaskan jala untuk menangkap ikan di laut dalam, sekaligus satu pendapatan untuk negara.” – Neo, ketua rekebentuk TTKM.

Beliau berharap kementerian pembangunan usahawan akan meneliti projek cadangan ini seterusnya menganugerahkan geran penyelidikan kepada mereka untuk menyiapkan prototaip.

“Tak perlu RM1 juta bro. RM100k pun dah ok dah. Leh buat makan-makan likers TTKM” kata Neo sambil berseloroh. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.