Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Kereta terbang boleh pakai ekzos buluh tak?” – Pembangkang bergandingan troll Redzuan

2 min read

Dewan Rakyat, 29 Mac: Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof yang teruk ditroll netizen berhubung ‘pototaip kereta terbang’ yang dipersembahkan di LIMA 2019, kini ditroll pula oleh pembangkang di dewan rakyat semalam.

Ahli parlimen Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mula mentroll menteri berkenaan dengan memuji beliau sambil memetik animasi amerika Jetson yang memaparkan kereta terbang.

Kenderaan terbang dalam animasi Jetson. 

“Saya nak puji idea (kereta terbang) yang kreatif ini, saya teringat pada zaman-zaman saya tengok Jetsons dulu, Jetsons, Jetsons, Jetsons,” – Noraini Ahmad

Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula turut mencelah sambil menyebut Doeramon beberapa kali.

Animasi jepun itu pula memaparkan watak Doeramon yang boleh terbang  ke udara apabila memasang bilah rotor di atas kepalanya.

Doeramon terbang. 

 

Noraini kemudian mengemukakan soalan yang pada permulannya kelihatan serius  tetapi sebenarnya beliau mahu mentroll Redzuan kali kedua  dengan memetik tanaman buluh yang dicadang untuk ditanam oleh kementerian industri asas utama.

trol2.JPG
Noraini kelihatan serius pada mulanya bertanyakan soalan kepada Redzuan. 

“YB mungkin boleh bekerjasama dengan kementerian industri utama dalam menggunakan buluh yang akan ditanam di kementerian industri utama itu,” – Noraini

trol1.JPG
Noraini dan Shamsul bergandingan untuk troll Redzuan. 

Redzuan kemudian cuba mempertahankan dirinya dengan menceritakan kelebihan buluh.

Tak apa, tak apa… itu cuma tunjukkan tahap kematangan dan kesedaran kita… Boleh saya jawab secara khusus pasal buluh? Buluh ini adari akar ke pucuk boleh guna pelbagai termasuk lantai” – Redzuan.

Termasuk ekzos (kereta terbang) boleh tak? Boleh kan?” – Noraini.

Ketika itu dewan gamit dengan gelak ketawa ahli parlimen.

Redzuan yang kelihatan tidak puas hati kemudian cuba untuk menerangkan.

Kalau YB boleh ketengahkan teknologi itu kita sentiasa terbuka. Perkara ini melibatkan penyelidikan, segala bentuk penggunaan teknologi kena berdasarkan kaji selidik, kena ada prototype. Kalau YB …” – Redzuan.

Kemudian, Noraini mencelah sekali lagi dengan troll terakhirnya dengan mencadangkan prototaip ‘kereta terbang’ itu supaya dipasang empat ekzos buluh.

Betul betul betul, kalau prototype boleh ada empat ekzos. Banyak sikit boleh guna.” –  Noraini.

Untuk rekod, model skala ‘kereta terbang’ , Vector yang tular di media sosial itu turut mempunyai empat rotor.

-Buletin TTKM-

Video ehsan The Star TV:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: