(VIDEO) TTKM terbitkan 3D animasi Vootoh, pesaing ‘kereta terbang’ Vector.

Kuala Lumpur, 29 Mac: Laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia hari ini menerbitkan video 3D animasi konsep kenderaan 4 dalam 1, Vootoh yang berupaya menjadi pesaing bagi Vector, kenderaan konsep yang mendapat sokongan padu Kementerian Pembangunan Usahawan.

Dalam video animasi berdurasi 1 minit 29 saat itu, TTKM menunjukkan secara terperinci ciri-ciri Vootoh dan kelebihannya berbanding Vector.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat 33k paparan, 830 perkongsian dan 3700 reaksi.

(Scroll video di bahagian bawah sekali artikel ini)

1.JPG

Dalam video tersebut, ditunjukkan kenderaan Vootoh itu dikuasai dengan bio-fuel minyak kelapa sawit dara, hanya satu sudu cukup untuk satu perjalanan 48 jam tanpat pengisian semula.

Selain dipandu secara automatik melalui konsep drone, ia mampu mencapai kelajuan 157km/j pada mod biasa dan 84 km/j pada mod ekonomi.

2.JPG

Ia juga mempunyai beberapa modul bergantung kepada keperluan.

Modul penumpangnya mampu menampung seramai 66 penumpang dengan ciri-ciri keselamatan terkini termasuk beg udara, payung terjun dan jaket keselamatan.

3.JPG

Manakala modul kargo mampu menampung 4 kontena dengan beban maksimum 2.6 billion kilogram.

4

Modul skodeng aerial pula dilengkapi dengan dua kamera ultra HD 360 darjah yang dilengkapi dengan kamera yang mampu mengecam wajah dan pergerakan manusia.

5.JPG

Sementara itu, modul skodeng bawah air dilengkapi dengan periskop optikal zoom sehingga 10000x. TTKM juga mendakwa periskop itu mampu melihat perincian seperti bulu hidung manusia.

Untuk mod kenderaan, Vootoh mampu melakukan 4 dalam 1 iaitu terbang, hovercraft, kapal selam dan kenderaan di darat.

6

Untuk mod penerbangan, Vootoh dilengkap dengan pod keselamatan dimana penumpang boleh menyelamatkan diri melalui pod tersebut yang terletak dibahagian belakang Vootoh jika berlaku masalah penerbangan. Pod tersebut dinamakan Voorit.

9

Mod hovercraft pula menunjukkan Vootoh mampu terbang di atas air, sama ada lautan ataupun tasik.

10

Mod kapal selam pula mempunyai ciri istimewa dimana ia mampu melepaskan pukat jala untuk menangkap ikan.

Selain itu, jika digunakan untuk tujuan ketenteraan, Vootoh dilengkapi dengan 10 torpedo.

11

Jika di daratan, kipas Vootoh akan dinaikkan ke atas untuk mengurangkan saiz kelebarannnya. Manakala 8 roda dipasang pada bahagian kakinya untuk membolehkan ia bergerak seperti kereta biasa.

Jika Vootoh melalui jalan raya bertol, ia adalah percuma sekiranya ia dipandu di waktu luar puncak.

Mengenai ciri-ciri tambahan, badannya akan diperbuat dari bahan komposit dari buluh untuk menyahut seruan menteri industri utama. Teresa Kok.  Bahagian ekzosnya juga akan diperbuat daripada buluh.

Sebelum ini TTKM menunjukkan model skala kenderaan konsep Vootoh yang berjaya disiapkan dalam masa kurang seminit dengan barangan yang dibeli di kedai hardware.

Tonton Video :

-Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.